Air Sumbu Boleh Jadi Minuman Maut
AIR SUMBU... Serta-merta namanya popular selepas tular di media sosial bulan lalu, berikutan kematian dua remaja dan mayat mereka ditemui dalam sebuah kereta di Kampung Panchor di sini.
Hasil siasatan polis, pihak berkuasa tidak menolak kes kematian mereka adalah disebabkan diberi minum air sumbu secara berlebihan.
Wartawan Sinar Harian cuba mengupas apa sebenarnya ramuan air sumbu, yang dikatakan sejenis dadah baharu dan sedang menjadi trend dalam kalangan remaja hari ini.
Hanya dengan mengisar buahnya dan kemudian direbus, siap satu ramuan air yang mampu mengkhayalkan seseorang. Malah lebih menakutkan, ia menjadi trend remaja masa kini.
Minuman khayal daripada buah kecubung yang siap dicampurkan dadah itu, digelar ‘air sumbu’ dalam kalangan golongan terbabit.
Seorang buruh binaan berusia 30-an berkata, dia pernah mencuba minum air daripada buah kecubung selepas dipelawa seorang sepupu untuk merasai kesannya, dan mengakui mabuknya melebihi ganja.
“Saya minum dan memang khayal, tapi sekali tu sahaja saya cuba dan masa tu air tersebut tidak campur dengan bahan-bahan atau dadah lain. Walaupun tidak bercampur dadah, itu pun dah cukup untuk beri kesan mabuk,” katanya.
Menurutnya, air sumbu campuran buah kecubung sebenarnya sudah lama wujud dan popular dalam kalangan mereka terbabit dengan gejala tidak sihat, namun kecubung hanya mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini.
“Mereka ini (golongan penagih) sudah lama tahu dan menggunakan cara ini untuk mendapat kesan khayal kerana ia lebih murah berbanding arak.
“Minum dalam kuantiti yang sedikit pun boleh mabuk, apatah lagi diminum dalam kuantiti berlebihan dan dicampurkan dengan dadah, berkemungkinan boleh membawa maut,” katanya.
Seorang warga emas, Ismail Jusoh, 64, berkata, tumbuhan kecubung itu sebenarnya digunakan pengamal perubatan tradisional bagi tujuan mengubati pelbagai penyakit seperti mengubat cacing untuk kanak-kanak, batuk, gout, kencing manis dan darah tinggi.
“Dulu di sebuah kampung di Chabang Tiga Pengkalan Chepa, pernah ada seorang bomoh digelar Pok Soh. Di hadapan rumahnya, banyak ditanam pokok ini bagi tujuan perubatan, tapi selepas dia meninggal dunia, pokok tu pun dah tak ada,” katanya.
Ismail berkata, pokok berkenaan boleh didapati di kawasan tanah lembap dan teduh, hanya digunakan secara luaran sahaja, bukan dimakan atau diminum.
“Saya tak pernah dengar orang dulu minum air buah ni, tetapi bagi tujuan perubatan, daunnya ditumbuk lumat dan ditampal ke bahagian sakit supaya sembuh. Sama buahnya, ditumbuk lumat dan disapu ke tempat luka atau sakit.
“Tidak ada pula yang disebut boleh diminum kerana dah diketahui buah ini memang memabukkan. Saya pun tak sangka remaja sekarang boleh minum air daripada buah kecubung, macam-macam cara yang dilakukan dan tidak masuk akal, malah menakutkan,” katanya.
Buah kecubung tiba-tiba popular dan tular susulan tragedi dua remaja maut dalam kereta di Kampung Panchor di sini, bulan lalu.
Sebelum itu, mereka dikatakan berkemungkinan minum air sumbu iaitu campuran buah terbabit bersama dadah. - Sinar Harian
Gambar dari negara jiran menunjukkan remaja yang dipercayai terjebak dengan minuman air kecubung. |
Hasil siasatan polis, pihak berkuasa tidak menolak kes kematian mereka adalah disebabkan diberi minum air sumbu secara berlebihan.
Wartawan Sinar Harian cuba mengupas apa sebenarnya ramuan air sumbu, yang dikatakan sejenis dadah baharu dan sedang menjadi trend dalam kalangan remaja hari ini.
Air Sumbu Boleh Jadi Minuman Maut
Hanya dengan mengisar buahnya dan kemudian direbus, siap satu ramuan air yang mampu mengkhayalkan seseorang. Malah lebih menakutkan, ia menjadi trend remaja masa kini.Minuman khayal daripada buah kecubung yang siap dicampurkan dadah itu, digelar ‘air sumbu’ dalam kalangan golongan terbabit.

No comments