Lelaki Ini Miliki 43 Rumah, 11 kg Emas & Simpanan 7 Angka. Ramai Mahu Ikut Jejaknya Hinggakan…
Kami lihat sekarang ni memang ramai yang nak cepat kaya. Mudah sangat terpengaruh dengan ayat-ayat pujukan yang diletakkan di status Facebook insan yang dianggap berjaya dengan memiliki banyak hartanah dan aset.
Khairul Ezuwan membuktikan perkara ini apabila…
Sepanjang 9 tahun Saya bekerja, Ramai orang Tidak tahu, Sebenarnya Saya telah membeli 43 biji rumah, berjaya simpan 11 kg Emas, Dan dapat menyimpan cash berjumlah 7 angka. Anda berminat untuk tahu? Saya Akan membuat seminar percuma khas untuk anda semua. Taip ‘Saya Nak tahu’. Cukup 500 komen , saya Akan dedahkan. – Status pada 10.50, 3 November 2015
Lebih kurang 30 minit selepas itu…
Subhanallah. 559 komen ‘Nak tahu’ dan nak hadiri seminar PERCUMA Saya tidak sampai 20 minit. Hanya Allah sahaja tahu kesedihan hati saya melihat kepercayaan yang orang Ramai berikan pada saya walaupon Semua pernyataan saya hanya dusta semata-mata.Anda lihatlah sendiri bagaimana orang mudah ambil kesempatan kepada Kita dengan cuma menyatakan Berapa banyak harta yang ada, Buat seminar PERCUMA kemudian Buat seminar advance mencecah ribuan ringgit. Mereka yang taksubTerus menjebakkan diri . Orang yang betul-betul Kaya Tidak Akan mendedahkan Berapa harta yang mereka Ada pada public apalagi harta yang banyak.Kalau lah Saya Ada sikap untuk menjadi seorang penipu , Ruang terbuka luas untuk saya untuk ambil kesempatan anda semua. Menitis air mata saya melihat keadaan ini. Kenapa Kita terlalu mudah menjadi mangsa penipu-penipu yang tiada hati perut memerah keringat orang Ramai. Cukup-cukuplah Kita ditipu. – Status pada 11.21, 3 November 2015
Kesimpulannya…
1. Lebih 6000 likes, lebih 3100 komen dan 275 shares.2. 85% menulis ingin tahu, 10% menolak, 5% memerli.3. Berhati-hati kepada orang yang menonjolkan harta Hingga tidak masuk akal untuk menarik perhatian orang lain atas tujuan sesuatu ke arah kepentingan.4. Ada yang berkata, “kami saja nak tau, bukan kena bayar pon”. ‘Daripada bermula ingin tahulah scammer akan merancang kepada step yang seterusnya. Daripada 100 orang , mungkin 10 orang Akan terjerat.5. “Kami mempunyai Asas yang kuat, Tak akan mudah terpedaya”. Jangan lupa orang yang kuat ilmunya dengan agama juga Ada yang akhirnya mengikut Ajaran sesat.6. “Kami cuma nak tau sebab nak siasat samada betul atau tidak”. Lihatlah sejarah sontotan teragung Emas sebelum ni Berapa Ramai golongan professional bijak pandai yang Tersontot, berapa ramai yang dah siasat dan mengkaji Hingga tahap pakar, akhirnya tertipu juga.7. “Kami nak jumpa dan dengar penjelasan Tuan Sendiri terlebih dahulu”. Berapa Ramai hari ini yang tidak percaya dengan sesuatu skim, datang berjumpa especially di syarikat berkenaan jadi terpesona. Ingat!! Penipu Ada strength yang luar biasa. Masakan tidak nak jadi penipu Kalau takde strength untuk meyakinkan. Kalau betul anda semua kental, kenapa Masih Ramai yang terjebak walaupon dah hantar ‘CSI’ menyiasat.8. “KEY dah ada NAMA , dah ada PENGIKUT sebab tu ramai percaya bila KEY yang tulis, KEY dah trusted”. Penipu tidak datang terus menipu, mereka akan membina credibility terlebih dahulu, Jika tidak mampu mereka akan gunakan booster seperti gelaran Dato’, Ustaz , Pakar , Jutawan. Selain itu mereka akan mencelah dalam Inner Circle orang-orang yang ada nama untuk mendapatkan tempias pengaruh untuk assuming as trusted person.9. “Saya cuma nak tahu”. Scammer boleh reka-reka cerita dan akhirnya nak tahu selanjutnya kena bayar satu amount yang besar. Kerana perasaan ingin tahu menebal, sanggup korbankan duit akhirnya dapatlah cerita-cerita basic atau cerita theory yang boleh direka.10. “Awak tunjuklah Geran, Emas & duit awak”. Datanglah seminar advance dulu, bayar dulu Kalau nak Saya tunjuk. Akhirnya dalam seminar berbayar, “Tak kan Saya nak tunjukkan semua rumah-rumah saya, banyak sangat tu. bawak la keluar 2 biji geran rumah yang ada. Emas? Takkan saya pikul 11kg kehulu-kehilir. Duit dalam akaun. Tak berani Saya nak tunjuk, kang Nanti orang aim saya”. Tak rasa basah ke ?11. Berpuluh-puluh PM terima, antaranya “Ceritalah macamana awak boleh dapat tu Semua dalam 9 tahun”. Scammer akan menyorokkan Ilmu supaya dapat grab profit dari mangsa. (Suka merahsiakan ilmu). Bayar dulu baru bagitahu. Lepastu letakkan fee yang mahal.12. Tulisan ‘Saya nak tahu’ tidak putus hingga walaupon Ramai dah bagitahu status ini adalah social Experiment. Ini membuktikan, walaupon Ramai yang dah menasihati, terus Masih Ramai yang terjebak Kerana malas Buat homework dan malas membaca. Persekitaran mempengaruhi untuk sama-sama terjebak.13. Yang telus, proven itu ramai yang membuat Seminar bagi membantu orang Ramai turut berjaya, Tetapi berhati-hati di celah-celah mereka Ada yang menyusup mengambil kesempatan dari kelemahan Emosi orang ramai. Mereka tidak menggunakan ilmu, Tetapi hanya bermain emosi kebendaan serta gelaran. Ini kelemahan ramai orang.14. “Panggil LHDN siasat”. Orang Kaya dan mempunyai harta yang banyak seboleh-bolehnya menyorokkan nilai harta mereka kepada umum, lagi-lagi Abang LHDN yang memerhati . Umumnya bila declare banyak pada umum, orang hanya Akan tanya macamana dapat tu, mereka Tak tanya mana bendanya. Banyak sangat cemana nak tunjuk. Nampak permainan mereka? Sebab tu kena declare 3 tan emas. Kalau 3 kilo orang nak Tengok bukti.15. “Kami cuma nak mencari jalan keluar Dari tekanan ekonomi sekarang, mana tahu ini membantu”. Scammer akan muncul kepada orang yang mencari penyelesaian, contohnya penerima VSS, MSS, berpencen yang mana mereka ini orang yang mencari sesuatu untuk kelangsungan hidup dan mempunyai duit di tangan, income yang dicari, disedut hingga kering Tak berisi Oleh sang Scammer.16. “Saya awal-awal dah Tak percaya”. Ye, memang Anda terlepas, tapi Anda yakin keluarga & rakan-rakan Anda yang lain tidak boleh jadi mangsa?17. Menampakkan kebanyakan orang hanya mengharapkan jawapan yang keluar dari pihak scammer tanpa buat sebarang research. Buktinya, 30 minit selepas status tunjuk ‘HARTA’ itu up, Saya telah up status baru menyatakan cerita harta Itu dusta semata. Hasilnya berlarutan Hingga beribu-ribu komen tetap nak tahu. Pelik kan. Menunjukkan juga mudahnya scammer cari mangsa.Saya juga berharap dari kesimpulan yang Saya Buat melalui social experiment ini dapat menyedarkan orang Ramai Jangan mudah terpedaya dengan kelicikan ‘Scammer’. Mereka sangat-sangat licik dan tiada belas kasihan. Anda rela diri anda, keluarga anda, rakan anda jadi mangsa?
Share lah Hasil experiment ini kepada orang Ramai supaya mereka Semua dapat alert dan tidak mudah menjadi mangsa sang ‘Scammer’. Saya tahu scammer marah betul dengan tulisan Saya ni. Anda tak perlu terasa Jika anda bukan di kalangan mereka.
Sumber: Ohbulan
No comments