• Semasa

    Pengantin Remaja 18 Tahun Dedah Bagaimana Jatuh Cinta Dengan Wanita 42 Tahun

    18
    Kisah pernikahan remaja lelaki berumur 18 tahun dengan wanita berstatus janda anak lima yang berumur 42 tahun telah menjadi viral sejak kebelakangan ini.
    Mohd. So­fi Mat Ali 18 tahun telah memilih Dayang Sopiah Gusti, 42 tahun seba­gai suri hidup meskipun jarak usia mereka melebihi 20 tahun.
    Remaja 18 tahun ini berkata kasih sayang dan sikap ber­tang­gungjawab serta me­n­­gam­bil berat Dayang So­­piah ber­jaya me­mikat hatinya sehingga mereka me­mutuskan untuk ber­kah­win Selasa lalu.
    Walaupun hubu­ngan mereka ditentang beberapa pihak dari ahli keluarga, se­ba­­gai manusia biasa dia per­ca­­ya jodoh mereka telah diten­tukan Allah justeru tiada siapa yang mampu menghalangnya.
    Ini komennya:
    “Saya jatuh cinta dengan kasih sa­yangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”
    “Sejak berkenalan dia ba­n­yak menemani saya sebagai ra­kan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital me­lawat dan menceriakan hari saya.
    “Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,”
    Pengantin perempuan, Dayang So­­piah  mempunyai anak sulung berumur 16 tahun dan paling bongsu berumur 7 tahun hasil per­kah­winannya sebelum ini.
    Dayang memebritahu mereka mula berkenalan di gelanggang bola tampar pada awal Mei lalu.
    Ini komennya:
    “Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah ber­kawan dengan sesiapa sa­haja tanpa mengira usia sehingga rakan-rakan lain amat me­nyenan­gi sikapnya,”
    Sememangnya ajal jodoh otu ketentuan Tuhan. Semoga pasangan berbahagia selalu. -PENMERAHDOTCOM

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad