Lelaki Sejati Takkan Biar Nyawa Isteri Dipertaruhkan Kerana Sebuah Handbag
Kau pernah nampak tak post yang mengatakan lelaki yang membawa handbag isteri/teman wanita ini jenis lelaki yang lurus bendul? Lebih parah lagi bila ada yang kata lelaki seperti ini menjadi hamba perempuan.
Kalau kau lelaki merangkap suami, jangan kau dengar dan terpengaruh dengan hasutan syaiton Facebook tersebut. Kalau kau terpengaruh, kau bodoh! Kenapa? Meh, aku jelaskan.
Nama pun perempuan, handbag dia memang besar. Dalam itu segala benda ada. Dari barang berharga sehingga yang langsung tak ada harga.
Dalam handbag perempun ini ada gelang emas, handphone, dompet, duit, pampers anak, pampers dia, pengepit kuku, gincu, deodorant, resit tol, tiket wayang 20 tahun lepas, ada telur lipas dan segala bagai. Silap-silap ada periuk Noxxa sebiji dalam handbag mereka.
Bila banyak barang, maka handbag mereka menjadi berat. Kau kalau lelaki yang bertanggungjawab, kau tolonglah bawakan untuk meringankan beban dia. Dia kan kaum yang lemah, kau pula hari-hari update status angkat besi di Gym. Tolonglah ringankan beban mereka.
Ini tidak, sudahlah anak berderet, bawa isteri pergi shopping. Sudahlah segala barang dapur, isteri yang bayarkan. Tolak troli pun dia. Anak seorang atas dukung, seorang lagi pegang baju dia. Handbag lagi.
Kau? Kau sebatu di depan sana jalan laju-laju menghisap rokok sambil membalas mesej di WhatsApp. Gelak-gelak, senyum-senyum seorang diri baca mesej di WhatsApp, sedangkan anak dan isteri bersusah payah di belakang. Macam yahudi dah perangai kau.
Demm! Baru satu point dah panjang berjela. Aku target 3 Point malam ini. Lantaklah panjang pun, aku tulis sampai habis.
2. Utamakan Keselamatan
Kau tak pernah baca suratkhabar dan tengok berita ke? Siapa yang menjadi mangsa ragut? Perempuanlah beb! Mereka jadi mangsa sebab mereka lemah. Bawa beg pula berlenggang-lenggang sambil membetulkan contact lense warna hijau yang nak tercabut. Memang jadi mangsalah.
Sampai ada yang meninggal dunia, ada yang baby dalam perut gugur dan ada yang luka parah. Lelaki sejati takkan biarkan nyawa teman wanita dia dipertaruhkan kerana sebuah handbag. Apatah lagi nyawa isteri dan anak dalam kandungan.
Kau ketua keluarga beb, keselamatan mereka tanggungjawab kau. Tak payah aku bacakan hadis tentang tanggungjawab suami di sini. Padan kau hadam apa yang aku tulis saja.
3. Takkan Hilang Macho
Takkan hilang macho seorang lelaki kerana membawa handbag isteri. Tambah-tambah di mata orang tua dan kaum hawa. Tak percaya? Kau tengok gambar aku pikul handbag puan isteri aku. Siap dukung anak lagi, bertambah macho ada la.
Siapa yang kata aku lurus bendul dan jadi hamba wanita sebab bawa handbag dan dukung anak, sila baca semula ayat terakhir perenggan kedua. Itu jawapan aku untuk kau.
C'mon brader, jangan abaikan keselamatan isteri dan anak dalam perut kerana dakyah syaitan di Facebook ini. Join aku jadi macho dengan membawa handbag isteri sambil dukung anak.
Nak nampak lebih macho, kau pikullah isteri kau sekali tiap-tiap kali pergi jalan-jalan. Kau cubalah, aku tak nak. Aku tunggu nak kutuk kau saja nanti kalau gambar kau viral. - Mohd Fadli Salleh
No comments