• Semasa

    Menyayat Hati !! Ular Sawa Ini 'Rentung' Gara-gara Lindungi Telur

    KebakaranMenyayat Hati !! Ular Sawa Ini 'Rentung' Gara-gara Lindungi Telur

    Jakarta
     – Kebakaran hutan yang teruk di Indonesia bukan memberi kesan kepada manusia malah turut terkesan kepada haiwan-haiwan liar di dalam hutan berkenaan.
    Satu gambar menyayat hati yang memaparkan seekor ular sawa hangus ketika melindungi telur-telurnya terbakar mendapat perhatian.
    Gambar tersebut dirakam di sebuah hutan di Desa Anjir, Kecamatan Pulang Pisau, Kalimantan Tengah.
    Ular sawa sepanjang dua meter dijumpai dalam keadaan melingkar di sebatang pokok. Ketika dijumpai kepala ular sawa terbabit dilihat terlilit di satu dahan dan badannya melingkar bersama enam biji telur yang cuba dilindunginya.
    Keadaan ular tersebut ketika dijumpai sangat menyedihkan dimana sebahagian kulitnya dilihat menggelupas sehingga menampakkan daging berwarna merah.
    Sekali imbas, ular tersebut dilihat cuba membawa lari telurnya ke tempat yang selamat walaupun mustahil baginya berbuat demikian.
    Selain dari enam telur di dalam gambar, empat lagi telur turut dijumpai berada diantara dahan pokok terbabit dimana tiga darinya sudah pecah dipercayai akibat dijilat api.
    Ular sawa tersebut ditemui oleh seorang anggota Brimob Polda Kalimantan Selatan, Muhammad Zainuddin yang sudah sebulan ditugaskan ke Kalimantan Tengah untuk memadamkan kebakaran di hutan terbabit.
    “Sedih saya melihatnya. Pertama kali saya melihat ular itu saya sangkakan ia masih hidup, namun sebenarnya sudah mati seolah-olah seperti melindungi (telur-telur)”, kata Zainuddin memetik laporan dari merdeka.com.
    Zainuddin bersama lima anggota yang lain kemudian mengubur ular tersebut di sekitar lokasi tersebut. lapor KLpost.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad