Punca SEBENAR Imam Muda Asyraf DISERANG Oleh Geng² Wanita Yang Takut DIMADUKAN
KUALA LUMPUR: Gara-gara artikel Berita Harian berjudul 'Imam Muda Asyraf teringin berpoligami?', Asyraf dihujani dengan pelbagai panggilan yang mahu mencari kebenaran di sebalik cerita itu.
Tak kurang juga yang pantas membuat andaian yang dia sudah berpoligami.
Sesuatu yang harus dipuji, lelaki kelahiran Pulau Pinang ini tidak cepat melatah, malah turut berkongsi paparan berita itu sekali gus mempromosikan Berita Harian di laman Instagramnya.
Malah, dia turut membalas komen pengikutnya di laman Instagram secara berseloroh memberitahu dia memilih Neelofa sebagai madu isterinya.
Komen itu disambut gelak tawa pengikutnya. "Hari ini memang tak henti henti orang hubungi saya.
Siap ada yang bertanya dengan siapa saya kahwin? Tak kasihan isteri ke? Kenapa tak kahwin janda tualah? dan macam-macam lagilah. Itu belum lagi komen mereka di laman Facebook.
"Boleh tahan juga persatuan perempuan apabila bergabung jadi power rangers warna pink," tulisnya di Facebook.
"Saya dan isteri suka artikel berkenaan. Cuma tajuk itu mencetus banyak persoalan. Memang tajuk itu berhantu betul. Kalau orang yang hanya baca tajuk memang bersepailah saya kena hentam.
"Tapi tak apa saya faham. Nak baca artikel itu sepenuhnya kena langgan Berita Harian.
"Artike itu hanya meminta pandangan saya mengenai isu poligami. Saya pun tak adalah nak cari publisiti. Ini semua hanya temu bual pandangan isu poligami dari sudut agama. Tak ada istilah Imam Muda nak poligami dengan si polan itu atau ini.
"Tak boleh saya bayang, ini baru tajuk mengenai ingin poligami. Belum lagi saya betul-betul nak poligami. Mesti lagi berkandang saya kena kutuk.
"Isteri saya pun sempat berseloroh dengan berkata, baru abang tahu persatuan kami ini ramai," tulis Asyraf lagi di laman bergambar popular itu.
Dibawah ini diantara kritikan-kritikan yang diterima oleh Imam Muda Asyraf:
Banyak lagi kritikan yang beliau terima di sini
No comments