“Rezeki Bukan Pada Sekeping Ijazah!” - Peniaga Ini Mampu Menjana RM13K Sebulan !!
“Rezeki Bukan Pada Sekeping Ijazah!” - Peniaga Ini Mampu Menjana RM13K Sebulan !!
Siapa sangka dengan hanya berniaga makanan sarapan, lelaki ini mampu menjana pendapatan sehingga RM 13K sebulan tanpa memerlukan segulung ijazah.
Jika diperhatikan zaman sekarang, ramai orang yang memiliki ijazah terutamanya graduan muda di negara ini masih lagi ‘merangkak’ dalam menjana pendapatan mereka. Hanya berniaga merupakan satu-satunya cara untuk menjana pendapatan yang tinggi.
Brader ni jual macam-macam makanan untuk sarapan bawah office aku. Dah sebulan dua ni aku perhati, sehari tak kurang 200 bungkus dia jual. Sebungkus dalam lingkungan RM 2-3.So sehari untung kasar dia RM 400-600. 22 hari bekerja × RM 400-600 = RM 8,800-RM13,200 SEBULAN!SETAHUN pendapatan mencecah RM 105,600 – RM 158,400! Belum kira kalau weekend pun dia buka kedai.Buka table pukul 7-9 pagi. Kerja 2 jam, tapi pendapatan 3-4 KALI GANDA daripada kita yang bekerja dengan syarikat gergasi. GERGASI lah sangat! Balik malam, tengah bulan tinggal RM 50 dalam bank. Buat proposal juta-juta tapi bahagian awak pun tarak!Brader ni maju dan laku keras makanan dia sebab SERVIS TIP TOP. Bungkus dengan PANTAS dan muka ada SENYUM! Benarlah bahawa 9/10 punca rezeki daripada PERNIAGAAN.
Dulu pandang brader macam ni macam tak ada masa depan je, bila renung balik, masa depan dia lebih cerah daripada kebanyakan kita.
So nak pandang rendah lagi ke orang berniaga tepi jalan macam ni?
Renung-renungkan, dan selamat tunggu pukul 5.30 meredah kesesakan!
Ya lah, dalam agama Islam sendiri pun menggalakkan kita untuk berniaga. Jadi, semoga kisah lelaki ini menjadi teladan dan inspirasi buat kita semua.
Sumber : Facebook Shahrul Shafiq Zamri/OhBulan
No comments