• Semasa

    Bandaraya Shah Alam Dilanda Banjir

    Bandaraya Shah Alam Dilanda Banjir

    SHAH ALAM: Beberapa kawasan di bandar raya ini dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam sejak jam 1 tengah hari tadi menyebabkan berpuluh-puluh kereta tersangkut. 

    Antara kawasan berkenaan adalah Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga, menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan ringan. 

    Pengguna jalan raya dan kakitangan beberapa kilang dan perusahaan kecil di sepanjang Jalan Astaka U8/88 juga tidak dapat melalui laluan berkenaan selepas air dari Sungai Damansara melimpah di atas jalan. 

    Perkhidmatan Komuter dan kereta api barangan juga terjejas apabila landasan berdekatan Stesen Batu Tiga ditenggelami air. 

    Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), ketika dihubungi, mengesahkan laluan berkenaan kini tidak dapat dilalui selain perkhidmatan Komuter terpaksa berpatah balik. lapor BH Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad