Datuk Siti Nurhaliza Mengandung?
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil. Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.
Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku’ menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya.
Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.
GAMBAR dengan mesej ‘susu kambing + kurma …selamat pagi’ yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Datuk Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Namun, empunya badan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu. Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat dan bukan kali pertama beliau terpalit dengan kontroversi begini. Tahniah seandainya perkhabaran itu benar.
No comments