• Semasa

    Inilah Disebalik Tabir James Bond

    images (8)

    Perlancaran filem ke 24 James Bond, Spectre pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai peminat filem francais yang paling lama dalam sejarah pembikinan filem. 

    Pastinya ramai yang masih terbayang bagaimana James Bond, lakonan Daniel Craig melakonkan aksi terbaiknya didalam Skyfall dimana ramai pengkritik filem mengklasifikasikan sebagai filem terbaik pernah dibuat.

    Namun, tidak ramai yang mengetahui apakah cerita disebalik tabir pembikinan ejen 007 yang dilihat sebagai adiwira orang dewasa sejak hampir 53 tahun yang lalu. Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai filem 007, James Bond.

    1. Asal usul James Bond

    download (17)

    Ramai yang tidak mengetahui bahawa watak James Bond merupakan adaptasi novel tulisan Ian Lancaster Fleming yang merupakan seorang penulis, wartawan dan pegawai perisikan British ketika era perang dunia kedua. Nama James Bond diambil daripada seorang pengkaji burung terkenal yang menulis buku Birds of the West Indies.

    Ada pendapat meengatakan, beliau berinspirasikan watak berkenaan dari salah seorang ejen perisik yang hebat didalam perkhidmatan perisikan British sehingga Fleming menghasilkan 12 novel mengenai ejen perisik bernama James Bond ini. Novel berjudul Casino Royale merupakan novel pertama yang diterbitkan di ikuti dengan 11 novel yang lain. Semuanya berkisar kepada James Bond.
    Semua novel-novel berkenaan diterbitkan diantara tahun 1953 hingga 1966. Selepas kematian Fleming, seramai 7 orang penulis berbeza menyambung rantaian novel yang telah beliau hasilkan dengan mengekalkan corak penulisan yang sama dan James Bond selaku watak ejen perisik yang sama.

    2. Runut bunyi James Bond

    Sepanjang penghasilan 24 buah filem James Bond, tidak lengkap jika tidak disertakan runut bunyi yang menggambarkan apa yang akan berlaku didalam filem berkenaan. Sebanyak 24 buah lagu dihasilkan dan dinyanyikan oleh penyanyi berbeza bagi setiap filem. Hanya penyanyi Adele sahaja yang menyanyikan runut bunyi bagi filem Bond sebanyak dua kali selepas permintaan dari Craig sendiri sebagai syarat menjayakan filem Spectre.

    Menurut sebuah portal Consiquence of Sound (COS) lagu nyanyian Shirley Bassey untuk filem Goldfingre yang ditayangkan pada tahun 196 disenaraikan sebagai lagu terbaik untuk filem Bond sepanjang zaman. Masuk dalam senarai sama adalah lagu A View To A Kill nyanyian Duran Duranyang dihasilkan untuk judul filem yang sama pada tahun 1985.

    Lagu berkenaan disifatkan sebagai lagu paling popular dan paling sesuai dengan naskah tersebut. Penyanyi lain seperti Madonna turut menyumbangkan lagu dalam filem Bond dengan judul Die Another Day bagi judul filem yang sama.

    Antara penyanyi lain yang turut menyanyikan runut bunyi bagi filem Bond adalah Sheryl Crow menerusi filem Tomorrow Never Dies (1997), The World Is Not Enough (Garbage, 1999) dan Goldeneye (Tina Turner-1995). Satu-satunya lagu yang dinyanyikan secara duet adalah Another Day To Die yang dinyanyikan secara bersama oleh Jack White dan Alicia Keys.

    3. Filem terbaik dan terburuk dalam sejarah James Bond

    download (19)

    Filem arahan Guy Hamilton berjudul Goldfinger pada tahun 1964 diangkat sebagai filem terbaik sepanjang tempoh setengah dekad kewujudan francais James Bond. Filem berkenaan dibuat dengan menelan belanja sebanyak AS$ 3 juta telah berjaya meraih kutipan sebanyak AS$125 juta secara keseluruhannya.

    Filem yang diterajui oleh Sean Connery ini dikatakan filem yang cukup berpengaruh kerana menampilkan peralatan yang cukup canggih melangkaui zamannya. Sementara filem lakonan Timothy Dalton, License To Kill dianggap sebagai penghasilan filem Bond yang paling teruk dalam sejarah. Dihasilkan pada tahun 1989, filem arahan John Glen itu menelan belanja AS$ 32 juta dan hanya mampu menarik pulangan sebanyak AS$ 156 juta.

    Semua rekod diatas akhirnya berjaya diatasi oleh Skyfall yang sehingga sebelum kemunculan Spectre, ianya dianggap sebagai filem terhebat dan terbaik dalam sejarah pembikinan filem Bond.

    4. Heroin termuda dan tertua yang menjadi gadis Bond

    Secara kolektif, sepanjang pembikinan filem Bond sejak filem Dr No pada tahun 1962 sehingga Skyfall pada tahun 2012, James Bond telah membunuh 369 orang penjenayah dan meniduri 55 orang wanita cantik sepanjang “karier” James Bond dilayar perak.

    Dengan bermodalkan gaya macho, cool dan stylo, James Bond dikatakan mampu menarik sesiapa sahaja gadis termasuk anak penjenayah untuk tumbang dipangkuannya. Memegang senarai gadis Bond tertua ialah Monica Belluci. Pelakon wanita kelahiran Itali ini berumur 51 tahun sewaktu melakonkan wataknya didalam filem terbaru Bond, Spectre.

    Talisa Soto pula diangkat sebagai gadis Bond termuda dalam sejarah sewaktu beliau membintangi filem License to Kill pada tahun 1989. Beliau berumur 22 tahun pada ketika itu memegang watak sebagai Lupe Lamora.
    Namun begitu, Malaysia juga tidak terkecuali berbangga dengan kemunculan gadis Bond. Kemunculan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjayakan filem James Bond ke 18, Tomorrow Never Dies menjadikan beliau sebagai gadis Asia pertama membintangi watak berkenaan.

    5. Senarai penuh filem-filem James Bond

    download (16)

    Berikut merupakan senarai penuh filem-filem James Bond yang ditayangkan sejak tahun 1962 dan pelakon utama yang menjayakan watak James Bond.

    1. Dr No – Sean Connery – 1962
    2. From Russia With Love – Sean Connery – 1963
    3. Goldfinger – Sean Connery – 1964
    4. Thunderball – Sean Connery – 1965
    5. You Only Live Twice – Sean Connery – 1967
    6. On Her Majesty’s Secret Service – George Lazenby – 1969
    7. Diamonds Are Forever – Sean Connery – 1971
    8. Live and Let Die – Roger Moore – 1973
    9. The Man With The Golden Gun -Roger Moore – 1974
    10. The Spy Who Loved Me – Roger Moore – 1977
    11. Moonraker – Roger Moore – 1979
    12. For Your Eyes Only – Roger Moore – 1981
    13. Octopussy – Roger Moore – 1983
    14. A View To A Kill – Roger Moore – 1985
    15. The Living Daylights – Timothy Dalton – 1987
    16. License To Kill – Roger Moore – 1989
    17. Goldeneye – Pierce Brosnan – 1995
    18. Tomorrow Never Dies – Pierce Brosnan – 1997
    19. The World Is Not Enough – Pierce Brosnan – 1999
    20. Die Another Day – Pierce Brosnan – 2002
    21. Casino Royale – Daniel Craig – 2006
    22. Quantum Of Solace – Daniel Craig – 2008
    23. Skyfall – Daniel Craig – 2012
    24. Spectre – Daniel Craig – 2015

    6. Pelakon James Bond terbaik dan terburuk

    james-bond-007-logo

    Filem francais James Bond telah mempopularkan 6 orang pelakon utamanya. Sepanjang pembikinan filem ini, seramai 6 orang aktor telah diberi peluang untuk menerajui watak James Bond. Dalam sejarah filem ini, ramai peminat mengangkat Roger Moore sebagai ikon Bond sejati sehinggalah kemunculan penuh berkarisma Daniel Craig dalam 3 francais filem ini.

    Pemilihan Craig sebenarnya banyak menimbulkan pedebatan kerana ramai yang beranggapan beliau tidak sesuai untuk melakonkan watak Bond kerana terlalu “perang” dan berwajah bengis, tidak seperti 5 orang pelakon yang menjayakan watak Bond.

    Timothy Dalton pula sentiasa dikenang sebagai pemilihan yang paling silap oleh produksi Bond kerana beliau nyata gagal menarik penonton ke panggung-panggung wayang di seluruh dunia. Tidak seperti kejayaan kebanyakan filem Bond lakonan Connery, Lazenby dan Moore, dua peluang yang diberikan kepadanya nyata tidak menghadirrkan aura yang tersendiri untuknya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad