• Semasa

    Punca Gadis Bertudung Cantik Tapi Kata Doktor Bebal Di Twitter

    051115DoktorBebal

    Selepas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menasihati orang ramai agar bangun awal untuk menggunakan jalan tidak bertol untuk penjimatan dikeluarkan, banyak cadangan lain dikemukakan untuk berjimat.

    Seorang doktor, Dr Mohd Rizal di twitter memaklumkan bahawa dia selama ini berbasikal dari rumah ke pejabat selepas solat Subuh dan berjaya menjimatkan perbelanjaan malahan dia menjadi lebih sihat.

    “Secara jujurnya, apa salahnya dengan bangun pagi awal untuk pergi kerja? Saya berbasikal ke tempat kerja setiap kali selepas Subuh dan ia tidak membebankan saya dengan kos sebaliknay saya lebih sihat,” katanya.

    Bagaimanapun, perkongsian aktivitinya itu tidak mendapat reaksi positif dari rakan Twitter sebaliknya beliau dituduh sebagai doktor yang bodoh kerana berbasikal ke tempat kerja.

    Seorang gadis manis tanpa segan silu memanggil individu berkenaan bebal tanpa mengetahui sebabnya padahal, gadis itu tidak mengenali pun doktor tadi.
    “Ada jugak eh doktor bebal gitu,” kata gadis manis berkenaan.
    051115BebalTwitter
    Selain gadis berkenaan seorang lagi pemegang akaun Twitter turut mengatakan doktor berkenaan sebagai bodoh kerana memilih jalan untuk menjadi sihat.
    “Kau ni nama je ada title DR, tapi bodoh bortingkek… yoo lah, memang semua office sebelah rumah yoo.. bodoh bonar la ekau ni,” katanya.
    051115BebalTwitter_3
    Pemberi komen yang lain lebih berhemah berbincang cadangan Dr Mohd Rizal dengan lebih matang dan ada yang tidak bersetuju kerana kebanyakannya jarak rumah ke pejabat mereka agak jauh.

    Sebenarnya, jika anda jenis tidak sukakan aktiviti kehidupan orang lain, cukuplah rasa tidak suka itu dirasai di dalam hati, tidak perlu membebalkan orang di dalam akaun laman sosial sebegitu rupa padahal diri anda seorang yang berperwatakan menarik dan bertudung.

    Ia hanya akan memberi label yang kurang elok kepada diri anda, apabila aktiviti menyihatkan seperti berbasikal, anda kata bebal pula. – PRU14.tv

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad