• Semasa

    Terkejut Jumpa ‘Mayat’ Berkapan

    Bintulu – Seorang wanita yang sedang berjoging terkejut dan pucat lesi apabila terserempak dengan seolah-olah ‘mayat’ seorang lelaki lengkap berkapan dan terbaring di laluan hutan di Tanjung Batu di sini pagi tadi.
    Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, wanita berusia awal 30-an yang ketakutan bergegas melaporkan perkara itu kepada polis yang kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan bagi menjalankan pemeriksaan.
    Penguasa Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyalamat Bintulu, Hashim Norshidi berkata, sejurus menerima panggilan daripada polis mengenai kes tersebut pada pukul 7.17 pagi, sembilan anggota bersama sebuah jentera segera dihantar ke kawasan hutan berkenaan.
    “Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 7.22 pagi menemui seorang lelaki hanya dibaluti kain putih terbaring di tengah laluan jalan yang menjadi tempat orang awam selalu berjoging.
    “Apabila diperiksa, lelaki berusia lingkungan 30-an itu didapati masih bernyawa dan rupa-rupanya sedang nyenyak tidur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
    Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan sebenarnya tidak siuman dan kerap dilihat merayau-rayau di kawasan Kidurong di sini.
    Katanya, lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, lapor Kosmo.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad