• Semasa

    "Pakcik Tak Tau La Nak Cakap Mcm Mana. Benda Ni Berlaku Sangat Pantas"


    Datang sendiri menceritakn nasib beliau.

    Kehadiran pakcik ini melihat2 accessories telefon yang dipamerkan di kedai kami menjadi tanda tanya. Bile ditanya cari apa, dia diamkan diri sahaja tanpa bercakap sepatah pon. Senyum pun tidak, angguk pon tidak, geleng pon tidak. Lama jugak gelagatnye di perhatikan kami. Sampai gambarnya kami boleh tangkap depan2 tanpa disedari. 

    Termenung sahaja melihat accessories telefon yang dipamerkan..

    "Kenapa pakcik?."

    Sedih melihat raut wajahnya. Lama jugak cuba2 pujuk, akhirnya beliau berjaya menceritakan apa yang tersirat disebalik kesedihan beliau tadi.

    "Pakcik tak tau la nak cakap mcm mana. Benda ni berlaku sangat pantas".

    Rupa2nya pakcik ini ada memegang 1 beg kertas OPPO. Lalu di tunjukkan isi dalam beg tersebut.

    Pakcik ni menceritakan 1 per 1 kejadian yang berlaku. Dia ke Kota Raya kerana ingin menghadiahkan pada isterinya telefon.

    Mula2, dia melihat harga yang dipamerkan dikedai tersebut RM800. Dia pon bertanyakan lebih lanjut mengenai telefon tersebut. Sales person tersebut pon menerangkan dgn lebih lanjut.. Pakcik ini pon terus mengatakan minat beliau. Lantas sales person ini pon terus meminta duit RM1000 terlebih dahulu sebagai bukti yang pakcik ini betul2 minat. 

    Tanpa berpikir panjang, pakcik yang berusia lingkungan 55tahun ini terus menghulurkan wang yang diminta.

    Penjual tadi meminta pakcik ini menunggu untuk beliau ambil stok di tempat simpanan.

    Selang beberapa minit, penjual tadi datang membawa telefon yang pakcik tadi minat. 

    Pakcik tadi jadi keliru. tadi dia tunjuk model lain, yang dibawa model lain. Pakcik tadi menyatakan pada penjual tersebut bahawa minat beliau bukan pada model yang baru dibawa ini. Minat beliau pada model R7plus. 

    Penjual tadi terus ambil model R7plus dan menyiapkn bil2.

    " Semua sekali RM3100.00". Kata penjual tadi.

    Terkejut pakcik ni apabila hp yang disangkakan pada mulanya RM800, tiba2 menjadi RM3100.

    Disebabkn rasa bersalah kerana semua bil telah siap, takut dimarahi oleh penjual tersebut dan rasa takut sekiranya duit RM1000 beliau hangus, beliau akur shj dgn jumlah yang dinyatakan. Habis kesemua duit yang beliau bawa beliau serahkn.

    Beliau kekurangan RM300. Beliau berjanji akan melangsaikan baki RM300 itu apabila beliau perolehi duit kelak.

    Beliau pulang dengan rase sesal dan xtau mana silap beliau. 

    Persoalannya :-
    - Harga telefon RM2098 adalah benar.

    Tetapi mana datangnya charge fee RM700?. Benarkan android system, antivirus, software boleh mencecah RM700?. 

    Siapa boleh membantu pakcik ini. Sila tampilkan diri anda.

    Sama2 kite share cerita ini untuk membantu pakcik ini.

    GAMBAR BUKTI:

    Sumber: FB Page Repair Handphone

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad