• Semasa

    Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah?

    muslimah solat
    Soalan:
    Assalamualaikum Ustaz. Saya mempunyai dua soalan seperti berikut.
    1. Betulkah wanita di galakkan sembahyang di rumah berbanding di masjid atau surau untuk mengelakkan fitnah? Apakah sebabnya?
    2. Bagaimana wanita yang solat di rumah mendapat pahala jamaah kalau hanya solat di rumah seorangan?
    Jawapan:
    1. Lebih afdhal bagi wanita solat di rumah berbanding solat di masjid.
    2. Makruh bagi perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik untuk hadir berjemaah bersama-sama orang lelaki di masjid kerana dikhuatiri boleh berlakunya fitnah.
    3. Isteri boleh juga mendapatkan fadhilat solat jemaah dengan berjemaah bersama-sama suami atau seumpamanya di rumah.
    4. Suami juga boleh mendapat keutamaan solat berjemaah dengan melaksanakannya bersama isteri atau keluarga yang lain. Bahkan pelaksanaan solat berjemaah bersama keluarga di rumahnya lebih afdhal.
    5. Kehadiran wanita ke masjid untuk berjemaah tertakluk juga dengan syarat dan keadaan tertentu antaranya; hendaklah dengan keizinan suami dan menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak seperti memelihara aurat, tidak memakai wangian dan berpakaian secara sederhana.
    اليسع
    Rujukan:
    Al-Majmuk
    Hasyiah al-Baijuri 
    USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad