• Semasa

    "Engko Kahwin Ke Dia Yang Kahwin?"- Baca Luahan ‘Makan Dalam’ Lelaki Ini Untuk Haters Bash Kahwin Simple

    "Engko Kahwin Ke Dia Yang Kahwin?"- Baca Luahan ‘Makan Dalam’ Lelaki Ini Untuk Haters Bash Kahwin Simple

    Semalam viral di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram mengenai perkahwinan satu pasangan ni. Tapi yang menariknya majlis perkahwinan mereka diadakan sangat simple dan mungkin paling simple anda pernah nampak.

    Lagi menarik perhatian apabila baik lelaki atau perempuan kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Walaubagaimana pun, ada yang katakan pasangan tu ‘show off’, berlagak dan poyo apabila muat turun gambar majlis itu di laman sosial. Eh macam tu pulak?

    Antara komen yang diterima



    Terkini di laman sosial media, masyarakat netizen mula menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati ke atas mereka mereka yang berkahwin dengan berbelanja besar dan berbelanja kecil tetapi menayang nayangkan di semua lama sosial. Mereka menuduh mereka mereka ini semua membawa satu maksud yang sama iaitu "riak" dan mengejar publisiti untuk diviralkan.

    First sekali
    Ini laman sosial dia ke laman sosial kau? Lantak dia lah nak share mende pon. Aku, engko, dia pon sama je semua benda nak share dekat laman sosial. (Macam yang aku tengah buat ni)

    Kedua.
    Eh engko kahwin ke dia yang kahwin? Lantak dia lah nak buat besar ke kecil. Ini lah dia manusia, sibuk sangat dengan hal orang. 2016 dah ni saudara saudari, jaga hal sendiri sudah.

    Ketiga.
    Eh dia mampu lantak dia lah nak buat besar mana pon. Dia tak mampu or dia mampu tapi saja nak buat kecil kecilan itu pon lantak dia lah cara dia.
    Sekali sekala cuba lah realistik sikit hidup tu, nak nasihat orang ni pon boleh je sebenarnya tapi dengan cara betul lah saudara saudari. Paling mudah ialah, nampak yang buruk buang, amik yang baik baik je dekat sosial media atau apa yang kau nampak dekat mata kau.

    Sekarang, mari hidup seperti biasa ok hadap GST, tambang naik, minyak naik, semua ni dekat malaysia ada. Sama sama rasa, jangan rebut rebut jangan gaduh gaduh.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad