• Semasa

    Inilah Kata-Kata Kuantan Port Konsortium (KPC) Yang Membuat Penduduk Kuantan BENGGANG !!

    Inilah Kata-Kata Kuantan Port Konsortium (KPC) Yang Membuat Penduduk Kuantan BENGGANG !!


    KUANTAN - Kuantan Port Konsortium (KPC) menafikan fenomena 'laut merah' di kawasan pantai Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan disebabkan oleh sisa bauksit dari simpanan bauksit (stockpile) di Pelabuhan Kuantan.

    Ketua Pegawai Operasi Kuantan Port Consortium Sdn Bhd, Datuk Ir Khasbullah A Kadir, punca laut merah di kedua-dua lokasi itu berpunca daripada sumber berbeza.

    "Hasil siasatan mendapati ia tiada kaitan dengan Sungai Penggorak memandangkan Sungai Balok dan Sungai Tunggak tidak bercantum dengan Sungai Penggorak di Pelabuhan Kuantan.

    "Kita ada menyediakan sistem penapisan supaya air yang mengalir ke laut dalam keadaan terkawal, kalau kita lihat air di Sungai Penggorak tidak terjejas seperti di kawasan lain ketika kejadian pada 29 Disember lalu.

    "Hujan (pada 27 hingga 29 Disember 2015) merobohkan tiga besi penapis namun sistem gabion/filter masih berfungsi dan mengurangkan kotoran ke Sungai Penggorak," katanya pada sidang media di sini.

    KPC semalam berkata, pihaknya menyediakan satu pelan khas bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di sini akibat aktiviti melombong bauksit.

    Khasbullah dipetik sebagai berkata, memandangkan saiz projek yang besar, usaha itu akan memakan masa.   

    Dengan terlaksananya pelan itu, kata beliau, pihaknya yakin proses pengendalian pengeksportan bauksit di kawasan pelabuhan akan lebih bersih antara 60 hingga 80 peratus berbanding sekarang. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad