"Derita Duduk Sebumbung Dengan Makhluk 'Aneh'..."
"Derita Duduk Sebumbung Dengan Makhluk 'Aneh'..."
Aku tinggal di rumah sewa. Orang-orang rumah aku ini ada satu perangai pelik yang aku dah tak reti nak tegur macam mana. Aku pula jenis yang tak reti nak tegur sangat. Cuma berharap suatu hari nanti eguran aku melalui perbuatan ini mereka akan faham dan terkesan. Aku pun bukanlah sempurna sangat tetapi perkara asas kot? Kadang-kadang aku keliru sama ada aku hidap OCD atau mereka sememangnya pengotor.
Aku cerita point by point agar mudah difahami oleh pembaca sebab aku sendiri pun agak susah nak hadam spesis seperit ini.
1. BILIK AIR
Dah melabur tak nak pam tandas. Bukan sekali, bukan dua kali, berjuta-juta kali. Aku pernah tegur elok-elok. Makan samanlah sehari dua. Selepas itu, perangai mereka datang balik.
Dah berus gigi, tak reti nak bersihkan semula segala buih-buih berusan yang terkena pada dinding, batang paip dan tempat-tempat yang terkena percikan buih berusan.
Botol syampu dan shower foam yang sudah habis pun dibiarkan begitu sahaja dalam bilik air. Nak simpan dalam arkib ke? Pakaian dalam yang telah digunakan masih bergulung pun kadang-kadang dibiarkan di lantai tanpa dicuci.
Dah mandi, kadang-kadang ada rambut yang gugur tetapi tak reti nak kutip buang dalam plastik sampah. Siap seret guna penyapu bilik air dan sorok belakang penayu. Pernah sekali bilik air tersumbat menyebabkan aku terpaksa korek lubang bilik air itu dan penuh dengan rambut sahaja. Pandai pula mereka rasa geli masa aku koerk lubang bilik air.
2. DAPUR
Sudah masak tak reti lap dapur. Sinki pula penuh dengan pinggan mangkuk periuk yang tak bercuci. Kadang-kadang sampai berkulat. Aku jenis kalau nak masak, dapur kena clear. Memang selalulah aku yang terpaksa tolong mereka clearkan. Tetapi aku pelik, mereka tak ada rasa bersalah langsung? Sampai ada sekali itu bila aku tengah kemaskan dapur, mereka cakap,
"Kasihannya. Tak apa, biarkan saja. Nanti I tolong buatkan,"
Kalau spesis seperti ini berkata begitu, jangan percaya sebab aku dah cuba percaya beberapa kali. Dua tiga hari kemudian, makin tinggi pula pinggan mangkuk segala bagai dalam sinki dapur. Dapur masak penuh dengan minyak macam getah cempedak. Nak sental memang penat. Nak kata sabun tak ada, aku dah letak tetapi tak bercuci juga.
3. PETI AIS
Mereka gemar buat peti ais seperti peti ais persendirian. Beli barang banyak-banyak, sumbat semua di dalamnya. Sampai orang lain nak isi barang mereka pun tak muat. Itu belum lagi air manis tumpah dalam peti ais dan dibiarkan melekit.
4. TOMBOL PINTU RUMAH DAN PAIP
Dah berapa banyak kali tukar sebab masing-masing pulas tombol pintu macam parut kelapa. Kasar bukan main lagi, padahal pulas sekadar terbuka saja pun okay dah.
Dan macam-macam hal lain lagi kalau aku nak cerita di sini. Risau pula kalau korang yang murung berhari-hari. Aku dah macam maid di rumah ini padahal aku ada kerja juga nak dibuat.
>Yang aku pelik, kalau melaram, banyak pula masa mereka. Tepung gomak tepek di muka berkilo-kilo berjam-jam. Nak keluar rumah, wangi sangat macam angkut kedai minyak wangi sekali.
Dalam bilik masing-masing aku tak ambil port sebab aku kadang-kadang dalam bilik pun selekeh juga. Tetapi untuk tempat lain yang digunakan bersama, kalau orang lain datang dan boleh nampak, bertimbang rasalah sikit, jaga sama-sama.
Maaf cakap, bukan nak angku tetapi dari cuci lubang tandas, mop lantai, clear sinki, lap dapur masak semua itu kalau aku tak buat, memang mereka hadaplah rumah yang kotor menebal itu. Benda ni mudah saja, dah siap masak laplah dapur, cuci periuk. Dah makan, cuci balik pinggan mangkuk. Dah siap mandi dan buang air, bersihkan semula yang mana patut dan lain-lain. Kalau dah terbiasa, tak ada masalah melainkan korang memang sudah terbiasa di rumah mak ayah mereka. Jangan biasakan diri buat mak dan ayah seperti orang gaji dan tukang kebun. Kadang-kadang kita tak perasan akan perkara simple seperti ini.
Kalau korang ada kawan-kawan seperti ini, korang sharelah bagi mereka sentap sikit. Bukan nak perli atau sindir tetapi dengan harap golongan ini berubah. Sebab macam ini kadang-kadang menjadi antara punca masalah hubungan sesama orang di sekeliling kita.
Aku risau juga spesis speerti ini semakin membiak dan mungkin akan menyusahkan orang lain pula. Kebanyakannya mungkin perempuan sebab mereka suka acah-acah geli tetapi sebenarnya penternak benda kotor. Kalau lelaki tak payah cakap, aku faham.
Last, aku nak tanya, "Aku yang OCD atau mereka yang pengotor?"
Pada aku, mungkin aku ada sedikit OCD tetapi taklah sangat sebab rumah aku di kampung pun biasa sahaja. Aku main dengan ayam, kambing, lembu semua tak ada cerewet pun. Keliling rumah aku terpijak tahi ayam pun dah selalu sangat. Cuma part dalam rumah, tempat kita tinggal mestilah sentiasa bersih dan teratur. Allah pun suka kalau kita sentiasa bersih. Pendapat korang aku tak tahulah. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Sekian. - Budak Kampung, IIUM Confessions | PIXEL MEDIA
No comments