• Semasa

    KEJAM !! Dibunuh, Dibuang Dalam Gaung.. Dipercayai Noor Amilla Edrus Norsham

    Kuala Lumpur: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai dibunuh ditemui di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, di sini, kira-kira 2 petang tadi.
    Sumber memberitahu, mayat kanak-kanak itu dipercayai Noor Amilla Edrus Norsham, 5, yang dilaporkan hilang di Jinjang, di sini, sejak minggu lalu.
    Menurut sumber, mayat dipercayai dibuang ke dalam gaung di kawasan perkampungan itu sejak beberapa hari lalu.
    "Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan mayat ini dan diminta datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman.
    "Kes dipercayai berkaitan dengan dendam keluarga dan siasatan lanjut masih diteruskan," kata sumber itu. - hmetro 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad