• Semasa

    Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu




    SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4) kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

    Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

    Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

    Terdahulu, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

    Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.

    Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

    Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

    Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.


    Lagi 

    Pelawak dan pelakon Along Cham telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya penyanyi Zila Seeron atau Nor Azilah Seeron, 28.

    Lafaz telah dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling kira-kira jam 10.40 pagi tadi (Isnin) di hadapan hakim syarie, Abd. Halim Abu Samah.

    Sementara itu Zila hanya menunduk faham dan bersetuju ketika hakim membacakan keputusan selepas lafaz cerai dibuat.

    Along ketika ditemui diperkarangan mahkamah turut menjelaskan sebab mendiamkan diri sebelum ini.

    "Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.

    "Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya," katanya.

    Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.

    "Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.

    "Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan mungkin selepas ini menyanyi pakai baju pengantin mungkin lebih afdal," ujarnya.

    Along dan Zila bernikah pada 23 Januari 2010 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial, 5.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad