• Semasa

    "Saya Ceraikan Isteri & Tinggalkan Anak-Anak Demi Perempuan Lain Tapi Selapas Itu..."

    "Saya Ceraikan Isteri & Tinggalkan Anak-Anak Demi Perempuan Lain Tapi Selapas Itu..."

    Saya harap cerita saya ini dapat dijadikan sebagai pengajaran baik lelaki mahupun perempuan.

    Lima tahun yang lalu merupakan titik hitam dalam hidup saya bila saya telah memilih untuk menceraikan isteri dan meninggalkan anak-anak kerana perempuan lain.

    Saya berkahwin dengan isteri, Hana, atas dasar suka sama suka. Hana ini pendiam orangnya, tetapi lembut dan baik. Keluarga saya pun Alhamdulillah boleh menerima Hana dengan baik.

    Selepas Hana bersalin anak pertama, saya meminta dia berhenti kerja sebagai guru. Hana akur dengan menjadi surirumah tangga sepenuh masa menjaga saya dan anak dengan baik. Kehidupan kami amat bahagia, tambah-tambah lagi Hana pada waktu itu sedang mengandungkan anak kami yang kedua.

    Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami semakin stabil. Daripada makan cukup-cukupo, dah boleh bawa keluarga pergi jalan-jalan dan bercuti.

    Segalanya bermula apabila saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang. Salah seorangnya ialah Mr Goh. Dan saya perasan, setiap kali mesyuarat Mr Goh pasti akan membawa setiausahanya bersama, Asmat.

    Mula-mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa sahaja. Tetapi lama kelamaan setiap kali mesyuarat, kami mula menjadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. Tak nak cerita part ini.

    Asmat memang pandai mengambil kesempatan, dia tahu saya sudah semakin tergila-gilakan dia. Jadi dia akan mengajak saya pergi bershopping dan saya akan menurut segala kehendak dia.

    Hana mula perasan dengan perubahan saya, tetapi dia tidak terus melenting. Dia cuma bertanya beberapa soalan sebab sudah banyak kali terkantoi jumpa resit pembelian barang-barang wanita dalam poket seluar.

    Lama kelamaan saya menjadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak menjadi menyakitkan hati. Saya mengaku yang saya ada perempuan lain. Hana menangis pada malam itu. Saya masih ingat lagi, betapa kejamnya saya. Saya ingat lagi saya beritahu Hana pada malam itu yang dia langsung tak menarik dan tidak cantik seperti Asmat yang sentiasa fashinable.

    Satu malam, saya buat perkara yang paling saya kesalkan seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana agar dia boleh meminta Hana mengizinkan saya berkahwin lagi. Dan saya ikutkan saja permintaan Asmat. 

    Betapa bodohnya saya pada waktu itu.

    Hana baru siap menidurkan anak sulung dan bayi kami. Bila dia buka pintu untuk menyambut saya, muka dia berubah bila ternampak Asmat. Tetapi dia langsung tidak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap.

    Asmat dengan sombongnya mengarahkan Hana untuk mengizinkan saya berkahwin lagi. Tetapi Hana berkeras, katanya kalau perempuan itu orang baik-baik, dia akan mengizinkan. Tetapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak akan mengizinkan.

    Asmat marah dan merajuk. Dia masuk dalam kereta dan meminta saya memberi kata putus sama ada saya memilih dia atau Hana. Saya masuk semula ke rumah. Saya marah pada Hana dan waktu itulah saya melafazkan cerai pada Hana. Saya beritahu dia untuk kemaskan barang dan keluar dari rumah esok.

    Hana diam seketika, kemudian dengan perlahan dia menyebut, "Allahuakbar.." sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan anak sulung kami. Mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun ke bawah dengan anak-anak dan terus keluar tanpa mengambil sehelai pun pakaiannya.

    Tak lama, Allah nak tunjuk. Rupanya Asmat hanya mendampingi saya atas niat mahu mengikis. Dia nampak kesenangan saya pada waktu itu. Padahal semua kesenangan itu adalah rezeki isteri dan anak-anak.

    Merata-rata saya cuba mencari Hana semula. Yang membuatkan saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibu bapa saya meminta maaf di atas salah silap. padahal dia tak buat apa-apa kesilapan pun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sehingga tidak bertegur dengan saya selama setahun.

    Tetapi lama kelamaan lembut juga hati mereka. Mereka kasihan melihat saya seperti orang gila talak. Akhirnya mereka berterus terang bahawa Hana telah pergi ke luar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap di luar negara bersama anak-anak. Namun mereka enggan memberitahu saya di negara mana mereka berada.

    Allah, saya rindukan Hana dan anak-anak.

    Buat Hana, ini saja jalan terakhir abang untuk Hana. Abang tak tukar pun nama-nama supaya Hana tahu, ini kisah kita. Abang minta maaf banyak-banyak sayang. Abang silap, abang berdosa dengan Hana dengan anak-anak. Ya Allah, macam manalah Hana menjaga anak-anak kita yang masih kecil dengan belajar lagi.

    Hana Safiyyah, tolonglah. Kalau Hana ada di page ini, tolonglah abang.
    Lagu di atas ini khas untuk Hana. Abang terdengar lagu ini semalam. Padan muka abang kan? - KRT |PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad