• Semasa

    "Tak Wajar Mereka Diberi Pencen RM3,000 Seumur Hidup" - Kata Pesara Tentera

    "Tak Wajar Mereka Diberi Pencen RM3,000 Seumur Hidup" - Kata Pesara Tentera

     
    GURUN - Ganjaran kemenangan pingat Perak yang dimenangi oleh dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, dipertikaikan oleh seorang pesara tentera.
     
    Gambar salinan laporan polis yang dibuat oleh Rozzeli bin Pin tersebar di laman sosial sejak semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen.
     
    Dalam laporan polis itu, Rozzeli berkata, adalah tidak wajar memberikan ganjaran pencen RM3,000 seumur hidup kepada dua altet kebangsaan itu.
     
    "Saya mempertikaikan pemberian tersebut dan berasa tidak wajar kerana banyak lagi pejuang-pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis yang berkhidmat dan berjasa tidak diberikan ganjaran sewajarnya," katanya.
     
    Laporan polis itu dibuat pada pagi Sabtu itu di Balai Polis  Gurun, Kuala Muda.
     
     
    Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong mendapat tempat kedua dalam acara platform berirama 10 meter wanita berjaya mendapat pingat perak di Olimpik Rio 2016. Mereka juga diberikan ganjaran sebanyak RM600,000 (berkongsi) serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang untuk seumur hidup yang bermula serta merta.
     
    Difahamkan, di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, atlet yang memenangi pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000. Bagi atlet yang menerima pingat perak pula akan mendapat RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000. Manakala pingat gangsa akan diberi ganjaran RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.  - PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad