Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella
Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella - Agen Penyebab Keracunan Bakteria daripada kumpulan Salmonella
Punca
- Manusia
- Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
- Haiwan liar dan haiwan peliharaan.
Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
- Daging ayam dan produk yang berasaskan ayam
- Telur dan hasil telur
- Susu dan hasil tenusu (keju, krim, kastard dan susu mentah)
Cara rebakan
- Pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan
- Pencemaran silang pengendali makanan daripada haiwan.
Tanda-tanda Keracunan
- Demam
- Cirit birit
- Sakit perut
- Muntah
- Loya
Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella
Tempoh jangkitan
Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 – 36 jam)
Cara pencegahan
- Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (>75°C)
- Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separa masak
- Gunakan peralatan yang berasingan (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak
- Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan
- Cuci tangan selepas menyentuh haiwan
- Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan.
No comments