• Semasa

    Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bermula Februari


    Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bermula Februari. Bagi mereka yang berjaya mendapatkan BR1M pasti akan menunggu pembayaran ke dalam akaun. Pembayaran pertama akan bermula pada bulan Februari…

    [Update 17 Feb 2017] Pembayaran ansuran pertama BR1M 2017 akan dibuat mulai 18 Februari 2017 bagi baucar tunai sahaja. Bayaran debit terus ke akaun bank akan bermula 22 Feb 2017 (sumber).

    Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM1200 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :
    • Februari – RM400
    • Jun – RM400
    • Ogos – RM400

    Jadual Pembayaran BR1M 2017 Bermula Februari

    Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001-RM4000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM900 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :
    • Februari – RM300
    • Jun – RM300
    • Ogos – RM300
    Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M RM450
    • Februari – RM450
    Bagi sesiapa yang belum kemaskini BR1Mboleh KLIK SINI untuk panduan..
    SYARAT KELAYAKAN
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
    • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. Jadual Pembayaran BR1M 2017
    • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
    • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
    • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
    Kemukakan Salinan:
    • MyKad bagi pemohon
    • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
    • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
    Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 
    Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.
    SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017
    1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1Mkategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Jadual Pembayaran BR1M 2017
    2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
    • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
    • Kad Pengenalan Asal Waris
    HUBUNGI
    ☎ Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    📞 Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716
    ✉ eMel : br1m@treasury.gov.my
    📃Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933
    📭Sekretariat BR1M :
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
    NOTIS AMARAN ⚠⚠⚠⚠⚠
    AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
    LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M
    PERINGATAN ⚠⚠⚠⚠⚠
    1. MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1Mdi media sosial seperti berikut:
    a. http://brim-hasil.net/
    b. https://www.facebook.com/BR1M3/
    2. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
    3. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad