Punca Zamani Lari Dari Rumah Pengasih ?!
Kuala Lumpur – “Dia (Zamani) melarikan diri dari Pusat Pengasih tanpa membawa MyKad, pakaian termasuk gitar kesayangannya. Saya tidak tahu motif dan di mana dia berada sekarang,” kata Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Yunus Pathi Mohd.
Beliau yang dihubungi wartawan semalam berkata, vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, disedari hilang dari pusat pemulihan dadah Rumah Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru di sini, jam 10.26 malam kelmarin, dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.
“Tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di Rumah Pengasih. Saya terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik atau perkara buruk berlaku ke atasnya.
“Bagaimanapun Zamani bertindak menghubungi saya tadi (semalam) dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah Pengasih Isnin depan,” katanya, lapor Harian Metro.
No comments