• Semasa

    Kekanda Yang di-Pertuan Agong Mangkat - Al Fatihah

    Alor Setar – Kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Datuk Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
    Almarhumah Tunku Hamidah, 90, mangkat kira-kira pukul 11.50 pagi setelah gering akibat sakit tua.
    Pengelola Bijaya Diraja merangkap Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, jenazah Almarhumah Tunku Hamidah disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit di sini dan disemayamkan bagi penghormatan terakhir di dewan sama dari pukul 3 petang hingga 7 petang, hari ini.
    “Jenazah Almarhumah Tunku Hamidah kemudiannya akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 10 pagi, esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    Beliau dalam kenyataan itu mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhumah Tunku Hamidah.
    “Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah semoga roh Almarhumah Tunku Hamidah ditempatkan bersama para syuhadah dan solihin,” ujarnya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad