Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, semasa lelaki berkenaan, Mohd. Dzulkifli Ismail, 32, yang bertugas di Pejabat Daerah Marang dikatakan mendekati isterinya, Sofia Talaha, 26, yang baru selesai solat subuh.
VIDEO KLIK SINI


Mereka seterusnya bergelut sebelum isterinya melarikan diri melalui pintu belakang dalam keadaan kesakitan menuju ke rumah jiran untuk mendapatkan pertolongan.

Selepas menyerang isterinya, Mohd. Dzulkifli bertindak mengelar leher sendiri menggunakan pisaunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu kira-kira pukul 7.30 pagi dan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mayat seorang lelaki dijumpai tertiarap di tepi rumah.

“Sebilah pisau berukuran 30 sentimeter dengan kesan darah dijumpai berhampiran mayat. Pemeriksaan awal ke atas mayat menjumpai dua kesan kelar pada lehernya. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaannya dilaporkan kritikal. Kita menunggu isterinya sedar untuk merekod keterangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian itu. - Utusan