• Semasa

    PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA


    PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA

    Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini.

    Begini PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA :

    [+]Ambil segenggam kacang hijau.

    [+]Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

    [+]Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

    [+]Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

    [+]Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

    [+]Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

    [+]Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

    [+]Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

    Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad