• Semasa

    TERKINI !! Penjawat Awam Ditahan Kes Bunuh Kerani

    Muar – Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan kejam seorang wanita yang juga kerani sebuah sekolah agama di Bukit Pasir di sini pada 16 November lalu.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki terbabit yang juga jiran terdekat mangsa ditahan kira-kira jam 6 petang tadi di Taman Setia Kasih, Sungai Terap di sini.
    “Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan lelaki terbabit di rumahnya yang terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian yang juga rumah mangsa.
    “Lelaki terbabit yang bekerja sebagai penjawat awam dan sudah berkeluarga itu ditahan kerana gagal memberi keterangan yang memuaskan kepada pihak polis ketika siasatan dijalankan,” katanya.
    Kamarul Zaman berkata, ujian saringan air kencing pula mendapati suspek positif mengambil dadah jenis Amphetamine.
    Beliau berkata, pemeriksaan rekod pula mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah, lapor BH Online.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad