• Semasa

    Golongan Sesat Syiah Dah Mula Berani Tonjolkan Diri Dengan Ritual Pelik


    Lambat laun, mungkin akan terjadi satu masa, jika tidak dibendung gelombang syiah yang sedang berleluasa kini, bahawa Negara Syiah, Iran adalah kiblat bagi para pengikut Syiah di Nusantara. 

    Sedikit demi sedikit Syiah di Indonesia mula berani tanpa berselindung menonjolkan diri sebagai kelompok yang telah di fatwakan oleh Majlis Ulamak Indonesia Jawa Timur sebagai kelompok sesat.

    Diambil dari beritaislam.net, diketahui seorang Syiah berasal dari Indonesia terang-terangan mencuba ritual tathbir (menyiksa diri) hingga kepalanya berdarah-darah, sama seperti yang orang-orang Syiah di Iran lakukan.

    Dalam sebuah status Facebook, seorang yang mendakwa dirinya Syiah dengan nama akaunnya, Sarwidi memuat naik dirinya yang sedang melakukan tathbir dengan melukakan kepalanya dengan pisau.

    "Anda menganggap ini ritual sesat?? Yo wes ben, sek karepmu! Emang anda wakil tuhan?" tulisnya dalam caption gambar tersebut. (Anda menganggap ini ritual sesat? Apa sebenarnya korang nak? Korang ingat korang wakil tuhan?)

    Sama ada akaun ini benar atau propaganda palsu, wujudnya banyak konflik yang terjadi antara Sunni dan Syiah di Indonesia membuktikan bahawa aliran ini sudah menyimpang dan keluar dari Islam.

    Lebih dari itu, kelompok ini juga merupakan ancaman bagi negara-negara Nusantara yang terkenal dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah. Lebih menakutkan, gerakan Syiah di negara-negara Nusantara akhir ini bukan hanya gerakan ideologi, malah ia dikaitkan gerakan millitan yang boleh mengancam kestabilan dan keamanan negara.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad