• Semasa

    "Nurse Kat Situ Semua Aku Ibaratkan Macam PeIacur Murahan"

    "Nurse Kat Situ Semua Aku Ibaratkan Macam PeIacur Murahan"

    Tulisan ini dikongsikan oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir mengenai status seorang pengguna Facebook yang melabel jururawat di sebuah Hospital Waqaf setaraf dengan peIacur murahan. Baca lagi:

    #NURSE_SEMUA_SEPERTI_PELACUR?

    Walau macam mana marah sekalipun tidak wajar memaki hamun seperti ini.


    Sungguhpun hospital dan kakitangan yang dimaki adalah kakitangan dan hospital swasta, sebagai petugas perubatan kami tetap marah dan rasa terhina dengan kata2 seperti ini. Ibarat kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri terasa.

    Individu ini telah pergi ke hospital WAKAF swasta di johor yg merupakan kendalian Jcorp dan KPJ. Ia merupakan salah satu usaha syarikat swasta untuk melakukan amalan sosial yang mana rakyat boleh mendapatkan rawatan wakaf ini dengan nilai RM 5 dan juga rawatan dialisis pada nilai subsidi.

    Khidmat ini adalah untuk rakyat yang tidak berkemampuan tetapi memilih utk tidak ke hospital/klinik kerajaan. Jadi apabila individu ini kata dia kerja standard dr staff hospital, sepatutnya dia tidak membawa adiknya ke hospital wakaf. Bawaklah le Columbia, Gleanagles, rantaian KPJ atau Prince Court.

    Memaki hamun kami sebagai bodoh kami dah biasa sebab kami tau akhlak kamu mmg rosak dek kegagalan didikan ibu bapa kamu.

    Tapi mengibaratkan wanita yang melakukan tugas mulia merawat orang sakit sebagai wanita penzina adalah melampau dan tidak boleh diterima sama sekali.

    Saya biasa akan gelapkan nama individu2 yang menghina staf perubatan ini kerana kasihan pada mereka, tetapi kali ini tidak kerana perbuatan beliau sungguh luar biasa biadapnya.

    Saya dedikasikan kata2 P.Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku untuk individu ini, "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan".


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad