• Semasa

    PULAU BULAN SEBAGAI 'FOOD SECURITY' TERNAKAN HIDUP SINGAPORE, KITA ADA PULAU APA?

    PULAU BULAN SEBAGAI 'FOOD SECURITY' TERNAKAN HIDUP SINGAPORE, KITA ADA PULAU APA?

    Saya pasti sangat, mungkin tidak ramai dikalangan kita yang mengetahui kewujudan Pulau Bulan berhampiran Pulau Batam di Indonesia ini, bukan setakat kita malah rakyat Singapore dan Indonesia sendiri mungkin tidak tahu apa aktiviti di Pulau ini.

    Anda tidak akan dapat mencari apa-apa informasi melalui internet, website, blog atau fb yang memberi maklumat atau details tentang apa yang berlaku dan telah terjadi di pulau ini sejak 1986 lagi, sebab ia seperti suatu projek rahsia Kerajaan Singapore dan sudah tentu mereka akan menghalang info seperti ini dari tersebar luas..
    .......
    Saya pun ada mendengar beberapa kali mengenainya tapi tidak mendapat gambaran lengkap, sebarang gambar yang signifikan atau bahan bertulis di mana-mana cuma melalui hear say saja, sehinggalah berpeluang berjumpa dengan seseorang yang bekerja di sana selama beberapa tahun.

    Dan apa yang diceritakan amatlah mengujakan, bukan untuk peluang berniaga tapi sebagai sebuah kisah hebat bagaimana sebuah negara sekecil Singapore menyiapkan diri mereka bekalan ternakan hidup seperti babi, ayam, kambing, buaya dan mungkin kini ada beberapa jenis ternakan lagi..
    ....
    Pada tahun 1986 Kerajaan Singapore telah 'memajak' 3 buah pulau milik Indonesia semasa pemerintahan Presiden Suharto bagi membangunkan projek penternakan secara rahsia sebagai satu langkah Keselamatan Makanan yakni bekalan ayam hidup, babi dan kambing. Menyedari negara mereka sangat kecil, projek ini penting supaya rakyat Singapore boleh mendapat bekalan daging ayam dan babi segar setiap hari tanpa perlu bergantung kepada import dari negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia atau negara penternakan lain, malahan mereka sebenarnya dapat mengeksport ke beberapa negara lain..Maka bermula lah perlaburan yang saya percaya berjumlah ratusan juta dollar dengan sistem ladang yang canggih dan penuh rahsia sehingga langsung tidak mendatangkan bau yang busuk kepada Pulau Batam yang berhampiran.. Tenaga pakar atau Farm Manager di bawa dari Negara Maju seperti Europe yang handal dalam projek ternakan secara fidlot dalam kawasan terhad.
    .....
    Ternakan utama di sini sudah pasti babi dan ayam yang dikatakan lebih 500 ribu ekor dan ayam jutaan ekor selain ada juga ternakan kambing ratusan ribu ekor serta buaya ribuan ekor. Buaya ini sudah tentu diternak untuk daging dan kulit dan yang penting dapat diberi makan mana-mana ternakan yang mati di kandang; tidak membazir. Walau bagaimana pun, karkas direbus terlebih dahulu - babi, ayam dan kambing, bagi mengelakkan buaya tersebut menjadi ganas kalau makan bangkai yang masih berdarah.
    ....
    Kandang-kandang yang dibina agak luar biasa berbanding dengan yang kita biasa lihat kerana ia projek pembiakan secara intensif di kawasan tropika tapi menggunakan kepakaran Eropah. Katanya tinja ternakan sentiasa dialirkan supaya kandang tidak berbau dan ianya dikumpulkan dalam satu kolam yang sebesar padang bola, kemudiannya di proses sebagai sumber kepada Biogas Plant bagi menghasilkan kuasa elektrik yang dapat pula menampung keseluruhan operasi pulau tersebut. Selain itu, by product nya sudah tentu baja organik yang mungkin dieksport balik ke negara kita atau pun Indonesia bagi aktiviti pertanian pula. Hmm...bijak kan.
    ....
    Anda boleh bayangkan sebesar mana kandang yang menempatkan 200 ribu ekor kambing dan 500 ribu ekor babi? Belum wujud lagi di Malaysia atau mana mana negara rasanya, tapi negara sekecil Singapore dapat mengadakannya demi 'food security' (dengan izin heheh) dan walaupun ia menelan belanja yang sangat besar, pulangan modal yang mengambil masa berpuluh tahun, namun mereka nekad untuk melaksanakannya walaupun dalam kedudukan yang mungkin terancam di Negara orang. Masakan tidak, seluruh kepulauan tersebut dijaga oleh askar negara Singapore dan tiafa pelawat luar yang dibenarkan masuk, kalau ada pun pelawat dari VVIP mereka hanya dibenarkan melihat dari dalam kereta atas alasan bio security ladang. Carian gambar di google dsbnya tidak mendapatkan hasil, kita tidak temui apa-apa kerana mengambil gambar adalah satu kesalahan besar di pulau tersebut..
    ....
    Di Malaysia ternakan ayam dan babi memang sudah mencapai jutaan ekor pun, melebihi kadar sara diri negara malah boleh dieksport sudah. Kita mungkin boleh berbangga dengannya, harga ayam dan babi juga mungkin murah sudah berbanding negara lain, tapi bagaiman dengan kambing, lembu dan lembu tenusu? Masih jauh panggang dari api! Boleh dikatakan kurang dari 10% kadar sara diri negara untuk daging tersebut. Kalau ada pun projek yang besar bagi biri-biri, Pekan Agropolitan sebanyak 10 ribu ekor, Projek lembu di Sabah 5 ribu dan projek integrasi lembu daging sebesar 10 ribu.ekor oleh GLC seperti Risda , Felcra dan JCorp. Ianya terlalu jauh dari mencukupi bagi keperluan rakyat negara kita berjumlah 30 juta orang, 10 kali ganda berbanding rakyat Singapore.
    .....
    Walaupun Negara mereka kecil, jumlah penduduk yang sedikit, namun kepentingan mempunyai bekalan ternakan hidup sendiri amat diutamakan. Kalau tidak mana mungkin mereka bersusah payah 'membeli' pulau tersebut untuk menjalankan sendiri dan berlindung di sebalik nama sebuah Syarikat berdaftar di sana, PT Indotirta Suaka tetapi kepentingan 100% milik Singapora. Tiada Presiden mana pun yang bisa mengganggu gugat kepentingan mereka berasaskan surat perjanjian jangka panjang selagi bulan dan bintang kelihatan.

    Saiz pulau yang kecil katanya sekitar 25 ribu ekar sahaja tidak menghalang mereka menjalankan projek penternakan secara besar besaran walhal di Malaysia kita boleh saja allocate (dengan izin) ratusan ribu ekar untuk projek sebegini tanpa perlu memohon bantuan negara lain. Sumber makanan ternakan projek ini sudah semestinya diimpot termasuklah sumber fiber seperti rumput yang dibuat dalam bentuk pallet sahaja, jagung dan soya diimpot juga entah dari dunia mana tapi kemungkinan besar dari ladang syarikat proksi mereka juga.
    ...
    Tertanya tanya juga kenapa mereka tidak ternak lembu atau lembu susu juga, mungkin dah ada, tiada informasinya. Lagi pun majoriti rakyat Singapore tak makan daging lembu rasanya dan mereka impot chilled beef saja untuk steakhouse. Kambing pula katanya dijual kepada indonesia saja, tak bawak balik ke Singapore. Even time korban rakyat beragama Islam terpaksa impotlah dari Australia untuk buat ibadah korban, itu pun sejak Australia kenakan undang-undang ESCAS 2012, semua masjid kena.audit kalau nak sembelih ternakan mereka. Ada juga yang impot dari Kanada tapi harga sudah tentu berkali ganda. Hairan jugak walaupun mereka ada ratusan ribu ekor kambing di Pulau Bulan, mereka langsung tidak memberi muka. Biasa la boleh agak dah sebabnya. Tapi itu soal negara mereka malas nak masuk campur..
    ....
    Yang menjadi persoalan kita di sini ialah kenapa kita di Malaysia tidak berusaha bersungguh-sungguh seperti singapore dalam ternakan ruminan lembu dan kambing sedangkan keperluan kita sangat mendesak. Sudahlah projek kecil kecilan penternak tidak begitu dibantu sangat dari segi bajet, malahan projek besar-besaran pun tiada yang benar benar signifikan. Agak sangat menyedihkan dalam RMK10 boleh dikatakan tiada langsung bajet yang signifikan yang di allocate (dengan izin hehe) kepada JPV Putrajaya bagi bantuan kepada penternak ruminan. Yang saya tahu hanya ada sekitar RM2 juta sahaja. nak beli lembu baka atau kambing baka berapa ekoq saja dengan bajet sebanyak itu? Kita sedar dalam RMK10 , kebanyakan bajet disalurkan melalui PEMANDU dengan Program EPP nya samada lembu integrasi, fidlot dan tenusu (memang takde EPP untuk kambing dan biri biri.. sungguh!) Namun hakikat perlaksanaan EPP ini yang seharusnya sampai kepada penternak kecilan tidak kesampaian pun. Kebanyakn program EPP ini disalurkan melalui Syarikat GLC tetapi kelihatan mereka juga terkial-kial melaksanakannya sehingga tidak memberi impak yang besar kepada Industri ruminan ini.
    .....
    Suatu ketika kita agak teruja bila pihak Felda bersama Allana dari India berhasrat melaksanakan Projek Integrasi lembu KK di ladang sawit Felda sebanyak 200 ribu ekor, sudah dilancarkan pun, namun ianya sepi dan batal begitu sahaja.

    Suatu ketika bila PM melancarkan projek tenusu besar besaran di Sabah, KILC bernilai RM60 juta, saya baca paperlah, tapi sampai sekarang baru ada 500 ke 1000 ekor sahaja.

    Hasilnya, belum menampakkan apa apa yang real lagi.
    ......
    Kedengaran dalam RMK11 pihak MOA telah merangka suatu pelan baru memperhebatkan industri ruminan ini, katanya ada impak baru, bajet yang lebih besar, fokus pada penternak mikro dan sebagainya. Kita 'menanti penuh harapan' dan dengan sabar perkembangan mulai tahun 2016 hadapan.

    Buat masa ini kita masih hanya buat apa yang terdaya, merangkak dalam kelam, mendaki gunung yang curam, mengharap belas ehsan negara pengeluar seperti australia dan Thailand bagi membekalkan ternakan hidup.
    ......
    Nak bermimpi untuk kita ada projek besar-besaran seperti di Pulau bulan itu memang dalam mimpi sajalah. Suatu ketika dulu sebenarnya saya sendiri pernah membentangkan suatu projek seperti Pulau Bulan itu (walaupun saya belum pernah dengar Projek itu) namun ianya hanya ditertawakan oleh mereka kerana kos yang sangat besar, dan saya juga turut tertawa bersama mereka. hahaha...
    ......
    Artikel berkenaan Pulau Bulan ini sebenarnya sangat sensitif kepada Singapore dan saya tidak hairan post ini akan dipadam atau page saya ini mungkin akan di'block' nanti. Kerana anda juga tidak akan menemui apa-apa info, artikel atau dokumentari pasal Pulau Bulan ini..

    Feel free to share (saya izin) kalau anda ingin isu ini sampai juga kepada pihak yang bertanggungjawab di atas sana, supaya mendengar rintihan dan keluh-kesah penternak ruminan di negara kita yang tercinta ini.

    Wassalam.

    [PS: Gambar hiasan ni bukan Pulau Diego Garcia]

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad