• Semasa

    "Awak Sanggup Jadi Isteri Kedua Saya?" - Soal Lelaki Ini...

    "Awak Sanggup Jadi Isteri Kedua Saya?" - Soal Lelaki Ini...


    Saya sudah kahwin selama lima tahun dan dikurniakan anak dua orang. Keluarga kami bahagia walaupun kami tidak pernah kenal sebelum berkahwin. Perkahwinan kami diuruskan oleh pakcik isteri saya. Kami bercinta selepas berkahwin.

    Setiap kali saya balik rumah terutamanya balik kerja, mesti isteri sambut di depan pintu dan ambil apa-apa yang ada di tangan, letak di atas meja dan tanya nak minum apa-apa tak. Bila pagi, sarapan sudah tersedia di meja makan setiap hari. Bila hari cuti pula, saya suruh isteri saya rehat. Kalau dia nak buat kerja juga, buat kerja lain dan saya yang jadi tukang masak. Kami jarang sangat bergaduh dan kami dapat menerima kekurangan masing-masing.

    Bulan lepas saya pergi shopping barang dapur, ada perempuan menegur sapa saya. Rupa-rupanya kawan rapat semasa belajar di kolej dulu. Kami minum di kedai dan bersembang tentang cerita lama. Lalu dia meluahkan isi hatinya pada saya bahawa dia telah lama menunggu saya.

    Selama enam tahun, sudah dua pinangan pilihan keluarga dia tolak. Saya pun ceritalah yang saya sudah kahwin dan mempunyai dua orang anak. Namun dia tetap mengharapkan saya. Hati saya mula berasa kasihan dan dengan spontan saya berkata.

    "Awak sanggup ke menjadi isteri kedua saya?"

    "Saya sanggup!" jawabnya.

    Tetapi dalam masa yang sama, saya terfikir juga, tak akanlah saya nak mengorbankan kebahagiaan dengan isteri saya sekarang? Lalu saya berikan dua syarat kepadanya.

    "Pertama, awak kena berkawan dulu dengan isteri saya sampai ke tahap menjadi kawan baik. Kedua, jangan ada pengkhianatan di antara awak dengan isteri saya," lalu saya memberikan nombor telefon dan Facebook isteri.
    Selang dua minggu kemudian saya bertanya pada isteri.

    "Ada tak perempuan yang nak berkawan dengan sayang?"

    "Ada, siapa dia tu?" soalnya.

    Lalu saya menceritakanlah perkara sebenar dari A-Z. Selepas itu, isteri saya sudah mula berubah, tidak seperti sebelum ini. Mungkin perubahannya itu hanyalah seketika.

    Apakah patut saya teruskan atau sebaliknya? Untuk pengetahuan, isteri saya lebih muda daripada bakal isteri kedua ini. Andaikata saya jadi berkahwin dengannya, yang mana satu saya nak panggil isteri muda? - KRT | PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad