• Semasa

    Ditumbuk & Kepala Dihantuk Pelajar Senior


    ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki tingkatan 2 mengalami pendarahan dalam kepala akibat dipukul tiga pelajar senior hanya kerana salah faham, pagi semalam, lapor Harian Metro.

    Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah Sungai Petani, mangsa, Muhammad Anas Amir, 14, mendakwa dia ditumbuk dan kepalanya dihantuk ke dinding oleh pelajar tingkatan 3 dalam sebuah bilik darjah. 

    Mangsa dipukul kerana salah seorang suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menarik tangan adiknya untuk masuk ke dalam kelas selepas diarahkan oleh guru. 

    Mangsa kemudian pulang ke rumah dan mengadu sakit kepala sebelum dihantara oleh bapanya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan setelah mangsa muntah beberapa kali. 

    Hasil ujian x-ray mendapati, mangsa mengalami pendarahan dalam kepala dan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada hari yang sama. 

    Ekoran itu, bapa mangsa, Amir Ahmad, 47, membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut. 

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan menerima laporan itu. 

    "Polis sudah menahan empat pelajar yang terlibatu ntuk membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya. - PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad