• Semasa

    'Lambaian Terakhir...'


    PUTRAJAYA - "Azim banyak mendiamkan diri," demikian kata ibu kepada pelajar tingkatan 3 SMK Presint 9 (2), Zalina Khamis. 

    Menurut Zalina, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, anak bongsu dari empat beradik itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu. 

    "Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya. 

    "Pagi tadi, dia tak banyak bercakap. Namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya kepada Berita Harian

    Jenazah Azim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Presint 20. 

    Terdahulu, mangsa maut selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah berkenaan selepas gagal mengimbangi badannya ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang terjatuh di koridor, jam 9.40 pagi tadi. - PIXEL MEDIA 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad