"Tak Lalu Nak Makan Kalau Tak Makan Dalam Dulang Bersama Suami"
Foto Hiasan - PapaMama Ad |
Cerita Cinta Kami
Ceritanya begini. Kami makan dalam dulang kecil, sudah enam tahun. Kalau dulu masa mula-mula kahwin, mahu merajuk dibuatnya. Kita orang perempuan baru satu suapan, tetapi suami sudah 3-4 suapan di mulut. Nasi dalam dulang pula semakin berkurangan. Terkulat-kulat tengok nasi semakin sedikit dan suami dengan wajah berselera buat muka tak bersalah.
Tambahan pula, kalau kita nak makan mengikut selera kita, nasi tak nak kuah tetapi suami pula nak kuah. Jadi, habis bahagian nasi kita pun berkuah basah juga. Sungguh, tak best langsung.
Tapi lama kelamaan, itulah yang mengikat rasa. Dari tidak peduli, kepada ambil tahu. Dari sendiri-sendiri, fikir juga orang lain. Lama kelamaan suami faham bahawa saya jenis yang makan perlahan. Maka suami menunggu. Kadang-kadang suami akan suap saya. Dan lama kelamaan, baru suami faham lauk apa yang saya suka, lauk apa yang saya tak nak. Jadi, nasi saya tidak terkena bahagian kuah yang saya tak berkena. Tolak ansur makin menyimbah, tidak lagi kira tekak sendiri.
Saya tahu suami makan cepat, lalu saya kata.
"Abang makanlah, sayang tak nak banyak-banyak," tolak nasi ke arahnya tetapi suami akan tolak semula.
"Eh? Sayang makanlah, sikit je sayang makan," balas suami.
Akhir sekali, kalau ada semulut saja nasi, mesti suami bahagia dua sebab saya akan tinggalkan yang last itu untuk suami dan suami tetap nak saya makan juga suapan yang last itu.
Begitulah kalau dahulu rasa berkira-kira dalam hati.
"Nanti nasi aku habis cepat sebab makan dalam dulang,"
Sekarang rasa tak lalu nak makan kalau tak makan dalam dulang bersama. Makan seorang rupanya tak sedap. Makan satu pingan kongsi, orang kata tak puas tetapi itu nikmat bagi kami. Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tidak pernah merasa, masing-masing pinggan sendiri tetapi untuk kami, itulah cinta yang membuahkan bahagia.
Cubalah, bahagia banyak rencah dan cara. Bagi yang memahami dan mahu mengikut sunnah.
Pakar Motivasi Korporat & Kekeluargaan
No comments