(VIDEO) "Takde Keje Saje Cari Penyakit..."
HEILONGJIANG, CHINA - Seorang lelaki cedera dan tersangkut di cermin hadapan sebuah bas awam yang sedang bergerak, pagi semalam.
Menurut penumpang bas yang lain, lelaki terbabit secara tiba-tiba berlari dan cuba merempuh cermin depan bas sebanyak dua kali semasa bas sedang bergerak.
Rempuhan kali kedua, lelaki itu berjaya memecahkan cermin tersebut namun tersangkut separuh badan.
Akibatnya, cermin yang pecah tersebut telah menusuk badan dan menyebabkan dia kehilangan darah yang agak banyak.
Para penumpang yang lain cuba membantunya tetapi gagal, lalu menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan. Pasukan penyelamat segera ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan mangsa. Mangsa dihantar ke hospital berhampiran dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan kecil dan sedikit calar sahaja.
Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kin isedang menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai sejarah penyakit mental atau sebaliknya. - PIXEL MEDIA
No comments