Isu Uqasha Buka Tudung, Ini Komen Elfira Sebagai Seorang Sahabat... Memang Tak Sangka !
SEBELUM ini industri hiburan tempatan dihebohkan dengan keputusan aktres Uqasha Senrose yang kembali menanggalkan hijab selepas hampir tiga tahun membawa imej berkenaan.
Susulan itu, ramai netizen mula menghentam dan mengkritik tindakan yang diambil aktres berusia 24 tahun itu.
Dalam ada yang mengkritik, pelakon Elfira Loy pula mengambil pendekatan berbeza, membela Uqasha dengan meminta orang ramai agar tidak terus menghakimi tindakan pelakon tersebut.
Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam sahaja.
Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi mungkin sebaliknya. Mungkin sebenarnya kita yang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana kita mampu menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini. Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberkan, bukannya menghentam dan bersikap negatif, katanya memetik Astro Gempak.
Selain Elfira, pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Raysha Rizrose turut mempertahankan kakaknya dengan menyelar individu yang mengutuk agar cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum ke atas seseorang. MYNEWSHUB.CC
No comments