• Semasa

    (VIDEO) Viralkan Dicaj Mahal Makan Di Restoran Segamat, Pengguna Facebook Kantoi Menipu !

    Semalam, seorang wanita melalui akaun Facebooknya mendedahkan yang dia dicaj RM 96 ketika makan tengahari di sebuah restoran di Segamat, Johor.

    Dakwa wanita itu yang menggunakan nama Eetta Masuri di Facebook, dia dan keluarga hanya makan tiga ketul ikan pari yang dipotong kecil-kecil, dua potong ulam timun, tiga potong sotong kecil, seekor udang kecil, empat gelas air dan empat pinggan nasi putih.




    Pemilik restoran itu bagaimanapun telah mengeluarkan satu rakaman CCTV di akaun Facebooknya, menunjukkan yang wanita itu mengambil lebih lauk dan makanan dari yang didakwa. Menurut Ida Hafiza Razali, wanita itu turut memesan satu mangkuk cendol durian, sepinggan lauk lain, serta terdapat lauk dalam pinggan anaknya yang tidak disebut.


    Makanan-makanan itu dipesan beliau untuk hidangan tengahari bersama tiga orang lagi ahli keluarga.


    Berikut ialah rakaman CCTV tersebut.
    Disebabkan wanita itu kantoi menipu, ramai pengguna Facebook mula menghentamnya, menyebabkan wanita Eetta menyahaktif akaun Facebooknya.

    Tuduhan beliau memang serius dan boleh menjejaskan reputasi perniagaan Restoran RZ. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar dia membuat dakwaan sedemikian.
    Dengan pendedahan bukti ini ternyata Restoran RZ mengenakan caj yang berpatutan kerana nampak seperti lauk-lauk yang dipesan itu penuh pinggan, siap ada cendol durian.

    Diharap pemilik restoran RZ dapat bersabar. Beginilah dugaan dalam bidang perniagaan, kalau tak kuat mental memang putus asa dibuatnya. Semoga perniagaan RZ bertambah maju selepas ini.-amazingnara.com

    Sumber: Ida Hafiza Razali

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad