• Semasa

    Memang Tak Dijangka ! Ucapan Raja Muda Selangor Lepas Dapat "Mak" Baru !


    PUTERA Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Syah mengucapkan tahniah kepada ayahandanya atas pernikahan baginda.

    Sultan Sharafudiin selamat diijabkabul dengan bekas pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.

    Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.

    Tengku Amir melahirkan rasa gembira atas keputusan ayahandanya itu, menerusi sebuah posting yang menyentuh hati.

    Tengku Amir memuji Sultan Sharafuddin atas segala bimbingan dan pengorbanan yang dilakukan oleh baginda.

    "Perhubungan kami sama seperti perhubungan bapa-anak yang lain.

    "Dia memberikan saya hidup, berkorban untuk saya, membesarkan saya, membimbing saya,  dan menjadi contoh terbaik kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat,” tulis Tengku Shah dalam laman Instagram.


    Menyifatkan Sultan sebagai seorang pejuang yang berani, bijak dan kuat semangat, Raja Muda Selangor itu berkata, “Saya sangat kagum dengan lelaki ini yang saya panggil ayah.”

    "Saya akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang anda sebagai pahlawanmu, saya akan sentiasa bangga untuk menjadi anakmu.

    "Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira," ucap putera berusia 25 tahun itu.
    Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

    Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

    Majlis pernikahan selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas

    BACA JUGA:
    4 Hari Berlalu, Da'i Wan Dedah Respon Uqasha Melalui Whatsapp Kepadanya.. Sungguh Menyayat Hati !

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad