So Sweet… Erra Muat Naik Foto Shahir Sempena Birthday
HUBUNGAN yang terjalin antara primadona Malaysia, Erra Fazira dengan Shahir Zawawi sememangnya bukan lagi rahsia.
Jika dahulu, masing-masing lebih senang berdiam diri. Namun kini, mereka nampaknya sudah terbuka mengenai percintaan mereka.
Terbaharu, pelakon jelita itu akhirnya telah ‘berani’ memuat naik gambar kekasihnya beserta ucapan hari jadi di laman Instagram, pada Selasa.
Walaupun gambar itu digelapkan bahagian mata, tetapi ramai yang dapat menduga gerangan lelaki itu adalah Shahir.
Tambahan pula, juara Akademi Fantasia musim kelapan itu pun menyambut hari jadi ke-28 pada 5 September lalu.
“Cakk!!! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu
“Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya.
“Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah,” tulis Erra di laman Instagramnya.
Gambar yang dimuat naik Erra turut menerima usikan daripada peminat Erra yang mendoakan kebahagian pasangan ini.
Terdahulu, Erra memberitahu, keluarga Shahir telah merestui hubungan mereka namun masih belum ada perbincangan di pihak keluarganya.
No comments