• Semasa

    Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)

     Periksa Urinya (Umbilical Cord)

    Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord) - Uri atau tembuni (saintifiknya, plasenta), adalah suatu organ dalam kandungan yang berfungsi membuat pertukaran produk-produk metabolisme dan produk gas antara peredaran darah ibu dan janin serta produksi hormon.  

    Mengikut ilmu orang tua-tua dulu, seseorang wanita itu boleh diketahui berapa kali dia mampu mengandung dengan melihat pada uri dari kelahiran anak sulung. Ada juga yang mengatakan, jarak di antara biji-biji hitam itu juga menandakan jarak beza umur anak yang akan datang. 

    Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)


    Oleh Roszila Zolkaply

    Nak tahu cara wanita boleh mengandung berapa kali? Pertama sekali, selepas korang bersalin, jururawat akan bagi apa pada suami korang? Uri, kan? Yes, uri. 

    Selepas itu, suami atau mak atau bidan akan basuh uri tersebut. Seperti saya, suami saya yang basuhkan semua itu. Ada yang letak garam, ada yang letak asam keping, paku dan sebagainya. 

    Okey, semasa suami korang basuh uri, suruh dia angkat uri tersebut. Di tangkal uri itu atau sambungan tali pusat bayi, ada biji hitam. Kalau orang Kelantan, dipanggil 'telur katak'. Yang macam berudu itu. 

    Kira berapa biji yang ada pada uri tersebut. Kalau ada 9 biji maksudnya korang boleh mengandung 9 kali. 

    Kalau korang tak percaya, tunggu anak yang kedua nanti, mesti biji itu tinggal 8 biji dan begitulah seterusnya. Yang baru kahwin, wajib ambil tahu. Yang dah kahwin, tag suami masing-masing, biar dia ingat.

    Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)


    Selain itu, keadaan biji hitam itu juga memainkan peranan. Contohnya jika biji hitam itu bulat sempurna, maka bayi yang akan dilahirkan kelak cantik. Jika biji hitam itu kempis, itu petanda bayi yang seterusnya tidak akan jadi. 

    Bagaimanapun, ini semua hanya mengikut pandang orang tua-tua dulu. Mungkin belum terbukti lagi dari segi kajian. Ingat, semuanya rezeki dari Allah. Bersabar dan doakan dimurahkan rezeki anak. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad