Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU
“Semalam siang dia masih boleh ikut saya menghadiri mesyuarat untuk majlis perkahwinan kami tetapi bila malam dia beritahu badannya sudah tidak berdaya dan meminta saya membawanya ke hospital.
“Bila sampai di hospital, dia terus dimasukkan ke ICU selepas mendapati tekanan darahnya agak rendah.
“Semalam pelbagai pemeriksaan dilakukan doktor termasuk pemeriksaan paru-paru dan juga darah tetapi sehingga kini kami belum tahu keputusannya,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.
Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi menghampiri majlis perkahwinan mereka, Sarah memberitahu kini dia hanya memikirkan keadaan Shuib dan berharap keadaannya semakin baik.
“Setakat ini, perancangan untuk majlis persandingan kami berjalan seperti biasa.
“Saya cuma berharap semuanya berada dalam keadaan baik dan berjalan dengan lancar.
“Apa yang penting sekarang ini kesihatan Shuib. Dia ada memberitahu yang dia mahu berehat dan bercuti tetapi tak dapat berbuat begitu kerana banyak urusan kerja yang masih belum diselesaikan lagi.
“Saya tertekan dan risau apabila dapat tahu Shuib jatuh sakit kerana terus-terang saya tidak akan okay jika dia tidak okay,” katanya lagi.
Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU
Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.
No comments