• Semasa

    Kisah Hikayat Ujang Senang Dari Negeri Sembilan

    Hikayat Ujang Senang

    Kisah Hikayat Ujang Senang Dari Negeri Sembilan – IBRAHIM ANON atau lebih popular dengan nama Ujang merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Juasseh, Kuala Pilah. Ujang merupakan kartunis generasi kedua di Majalah Gila-Gila. Pembabitan awal Ujang dalam dunia kartun bermula pada era 80an.
    ujang senang negeri sembilan

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Berbekalkan bakat dan lukisan kartunnya setebal 24 muka surat yang bertajuk ‘ Hikayat Ujang Senang’, beliau bertemu dengan Jaafar Taib yang merupakan Pengarah Urusan di Creative Enterprise Sdn Bhd. Melihat kegigihan hasil kerja anak muda ini, Jaafar Taib menyatakan kesanggupannya untuk melatih Ujang. Beliau juga menasihi Ujang untuk bermula dengan kartun satu petak dahulu.
    Akhirnya kartun coretan Ujang disiarkan buat pertama kali di majalah Gila-Gila bilangan 130, keluaran 1 Februari 1984. Manakala karya beliau, Hikayat Ujang Senang, telah diperbaiki semula sebelum disiarkan pada tahun 1985. Sejak itu nama beliau mula melekat di hati pembaca majalah Gila-Gila dan diletakkan sebaris bersama kartunis-kartunis popular majalah tersebut seperti Don, Kerengge, Tazidi, Fatah mahupun Zainal Buang Hussein.
    ujang senang negeri sembilan

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Ujang bersama majalah Gila-Gila (Creative Enterprise Sdn Bhd) sehingga tahun 1993 sebelum keluar bersama dengan Kharisma Groups sebagai pengurus Kharisma Publications. Disana beliau menghasilkan majalah yang namanya juga Ujang dengan motto Majalah Lawak Antarabangsa. Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang telahpun dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.
    ujang senang negeri sembilan
    Ujang juga pernah mengegarkan animasi kartun Malaysia dengan siri Animasi -‘Usop Sontorian’ sekitar tahun 1993-1996. Animasi ,  sekaligus telah menjadi perintis kepada animasi bersiri pertama di Malaysia. Animasi Usop Sontorian ini telah diterbitkan oleh Kharisma Pictures dengan menggunakan tenaga animator anak tempatan sepenuhnya.
    ujang senang negeri sembilan

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana Ujanggagal mem’paten’kan hakcipta (copyright) terhadap maskot Din Beramboi, maka Allahyarham Din Beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama Din Beramboi tetapi Pak Cik Din (PCD).

    BACA: LAGENDA BUAYA PUTIH SUNGAI LINGGI NEGERI SEMBILAN

    Penghujung tahun 1997, Ujang meninggalkan Kharisma dan secara tidak langsung majalah Ujang terhenti operasinya. Beliau kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision Sdn Bhd. Di bawah bumbung syarikat ini, Ujang menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpul sebahagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang bersama karya-karya mereka.
    ujang senang negeri sembilan
    Namun begitu, operasi majalah Varia Lawak kemudiannya tergugat dengan kemunculan semula majalah Ujang yang diterbitkan di bawah penerbitan MOY Publication iaitu syarikat kepunyaan Datuk Md Othman Yusof, salah seorang pemegang saham dalam Kharisma. Dengan munculnya kembali majalah Ujang semula, semua karya kartun yang berasal dari majalah tersebut serta karakter seperti Pakcik Din dan Usop Sontorian tidak dapat lagi beraksi di Varia Lawak, kerana hakciptanya terpelihara di bawah MOY Publication. Dengar cerita beliau telah ditipu semasa menandatangani perjanjian masa mula-mula beliau bekerja di Kharisma Groups (MOY Publication) sehinggakan kesemua copyright terhadap kartunnya tidak boleh digunakan lagi termasuklah nama ‘Ujang’ yang beliau gunakan.

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Ujang kemudiannya menukarkan nama majalah Varia Lawak kepada Lanun. Di samping itu beliau turut menerbitkan Buletin Lubuk, majalah khusus untuk mereka yang gemar memancing. Namun begitu, kedua-duanya tidak kekal lama dan terpaksa berakhir di penghujung tahun 2000.

    BACA: SEJARAH MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI KUALA PILAH

    Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 Ujang ingin membuat filem ‘jibam’ iaitu salah satu daripada karyanya yang ‘akan’ dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan. Tetapi malang Ujang tidak lekang d situ. Setelah FINAS sudah meluluskan skrip, timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri. Walaupun begitu, entah bagaimana jika anda perasan sebelum ni, pernah TV2 tayangkan drama ‘Aku Budak Minang’ yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.
    ujang senang negeri sembilan

    Ujang sekarang banyak mendiamkan diri dan beliau banyak bekerja di sebalik tabir dalam bidang animasi dan komik. Ujang banyak memberikan tumpuan yang lebih kepada perniagaan memancing beliau, di mana beliau mempunyai sebuah rumah bot (house-boat) di Tasik Kenyir, Trengganu.
    ujang senang negeri sembilan
    Ujang merupakan kartunis yang mempunyai pengaruh yang besar dalam arena kartun di Malaysia. Beliau juga banyak melatih dan melahirkan generasi pelapis yang berbakat besar pada hari ini. Beliau sentiasa mengingatkan kartunis agar memahami undang-undang hakcipta agar karya mereka nanti tidak dimanipulasi pihak lain. – orangnogori.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad