• Semasa

    Bauksit : Dulu Lelaki Ini Tolak Tawaran RM 1 Juta & Digelar BODOH Namun Hari Ini...

    Bauksit : Dulu Lelaki Ini Tolak Tawaran RM 1 Juta & Digelar BODOH Namun Hari Ini...


    Kuantan, 10 Jan - Seorang peneroka Felda Bukit Goh berkeras hati untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun dia pernah ditawarkan wang mencecah RM 1 juta.

    Peneroka tersebut, Salwani Tajuddin, 37, berkata walaupun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera setelah memajak tanah mereka, namun kini ada sebilangan mereka yang hidup seolah-olah merempat.

    "Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.

    "Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya sebagaimana lapor Bernama.

    Menceritakan semula bagaimana dia mendapat tawaran tersebut, Salwani berkata dia didatangan seorang lelaki yang pada mulanya menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.

    Setelah Salwani menolak tawaran terbabit, lelaki itu datang kembali beberapa hari kemudia dengan tawaran yang lebih tinggi iaitu RM1 juta.

    "Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.

    "Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya.

    Salwani berkata dia bertindak demikian kerana enggan melihat ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang terkukur akibat digondol dengan rakus.

    Tambah Salwani lagi, individu yang menawarkan RM1 juta itu tidak mudah berputus asa apabila dia didatangi lagi lelaki yang sama supaya tanahnya yang menawarkan bayaran RM5,000 sebulan supaya tanahnya dijadikan tempat penyimpanan lori dan bijih bauksit.

    Namun Salwani menolak tawaran tersebut.

    "Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," kata Salwani.

    Kata Salwani, ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad